Tuesday, 25 March 2014

MAKANAN AJAIB BABY


assalam semua.. ari ni nak share tp sebelum tu ce teka ape makanan ajaib bagi baby? omega? susu tepung? susu pekat/manis/cair? hehe jawapannya op coz la SUSU BADAN IBU :D so ari ni nak share ngan korang info sikit pasal susu ibu ni ye.


Susu ibu merupakan satu sebatian yg tiada tandingan yg diciptakan Allah dan di anugerahkan kepada para ibu demi memenuhi nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. susu ibu mengandungi keseimbangan makanan berkhasiat pada kadar yg tepat dan bersesuaian dgn tubuh baby yg belum matang. pada masa sama, susu ibu juga kaya dengan nutrien yg membantu mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf dan makanan yg dicipta oleh manusia pon x boleh menggantikan khasiat yg ade dalam susu ibu.




manfaat susu ibu ni sangat banyak untuk baby antaranya adalah seperti:
❁ Bayi yg minum susu ibu terlindung dari penyakit yg berkaitan dgn sistem pernafasan & penghadaman.
❁ Sifat antiinfeksi lain susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai utk bakteria 'bermanfaat' yg dipanggil 'flora normal' yg sekaligus menangkis serangan bakteria, virus, parasit yg berbahaya.
❁ susu ibu mengandungi beberapa unsur yg mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit yg membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
❁ susu ibu merupakan makanan yg paling mudah hadam oleh bayi melalui sistem penghadaman bayi yg sensitif.
❁ proses pencernaan dan penghadaman susu ibu hanya menggunakan tenaga yg sedikit maka lebihan tenaga yg ada pada bayi dapat disalurkan utk fungsi tubuh lain seperti pertumbuhan dan perkembangan organ.
❁ bagi bayi pra matang, susu ibu mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yg tinggi utk menampung keperluan bayi. ini terbukti bila mata bayi pra matang yg di beri minum susu ibu mempunyai mata yg lebih baik dan cemerlang dalam ujian kecerdasan dan mereka turut mempunyai kelebihan lain berbanding bayi yg diberi susu formula.
❁ susu ibu mengandungi minyak omega 3 asid alfa linoleat yg merupakan salah satu kandungan penting dalam membantu perkembangan bayi sebagai sebatian penting utk otak, retina mata bayi.
❁ hasil kajian sekumpulan saintis Universiti Bristol, kebaikan susu ibu dalam jangka panjang adalah ia memberi kesan positif terhadap tekanan darah yg dapat mengurangkan risiko serangan jantung kepada bayi kerana terdapat rantaian panjang asid lemak poli x tepu yg mencegah pengerasan arteri.
❁ bayi yg mengambil susu ibu tidak mengalami pertambahan berat badan yg berlebihan berbanding bayi yg meminum susu formula
❁ hormon2 yg diserap oleh bayi melalui susu ibu dapat menurunkan pelbagai risiko penyakit seperti obesiti, diabetes tahap 2 dan daya tahan insulin serta penyakit jantung koronari.
❁ unsur gula dan lemak dalam susu ibu memainkan peranan yg penting dlm pertumbuhan otak bayi serta memberi sumbangan dlm perkembangan tulang-tulang dan gigi bayi. 
❁ sebahagian besar kandungan dalam susu ibu merupakan air sebanyak 90% yg memenuhi keperluan air bayi dlm cara yg paling bersih dan sihat.
❁ pembangunan kognitif di kalangan bayi yg diberi susu ibu adalah lebih hebat berbanding susu formula.
❁ kajian oleh James W. Anderson seorg pakar dari Universiti Kentucky mendapati bahawa minda bayi yg minum susu ibu adalah 5x ganda lebih tinggi dari bayi yg minum susu formula.



now u guys mesti paham kenapa bayi yg dilahirkan perlu disusukan oleh susu ibu sahaja secara exclusive selama 6 bulan dan teruskan susuan sehingga anak berusia 2 tahun sesuai dengan Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yg bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi org yg menyempurnakan penyusuan itu".

so bagi ibu-ibu yg dapat menyusukan bayi anda i ucapkan tahniah dan hargai setiap saat bersama dan moment2 yg terbaik bersama anak2 anda. dan bagi mereka yg tidak berpeluang menyusukan anak mereka mungkin kerana masalah yang tertentu anda boleh mencuba set penyusuan shaklee :) dan mengamalkan power pumping untuk stimulate susu badan. PM/SMS/WHATSAPP WECHAT 019 2862409 dan add FB PRECIOUSMOM MURNIE untuk konsultasi percuma :D

TERIMA KASIH IBU!!!

Suatu hari seseorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu bertanya:
" Ya Rasulullah, siapakah manusia yg paling berhak utk aku jadikan sebagai sahabat baik?" lalu Baginda menjawab. "Ibumu". beliau bertanya lagi: "kemudian siapa?" jawab Baginda "Ibumu" beliau bertanya lg "Kemudian siapa?" Jawab Baginda "Ibumu" beliau bertanya lg "Kemudian siapa?" Jawab Baginda "Ayahmu". (Hadis Riwayat Imam Muslim).


Berdasarkan Hadis Riwayat Imam Muslim ni, korang pernah x terfikir kenapa Allah mengangkat martabat golongan wanita yg menjadi ibu sebagai seorang yang perlu di jaga dan dikasihi sepanjang hayat seseorang anak terutamanya anak lelaki hinggakan Rasulullah SAW menyebut ibumu sebanyak 3 kali dan kali ke 4 baru la ayahmu. Ok Allah meletakkan ibu di tangga yg teratas kerana pengorbanan seorang ibu tu sendiri dan perkara ini ada dalam surah Luqman ayat 14 yg bermaksud:

"Dan Kami telah mewajibkan manusia agar berbuat baik kepada ke dua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh berhenti menyusukannya ialah dalam masa 2 tahun; (oleh itu) bersyukurlah kepadaKU dan ke dua-dua ibu bapamu; dan ingatlah kepada KU jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)."

dalam ayat ni menurut Imam Ibnu Kathir, Allah SWT menjelaskan kesusahan dan kepayahan yg dialami oleh seorang ibu sepanjang siang dan malam sewaktu mengandungkan anaknya agar si anak sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yg ditempuhi oleh seorang ibu. dan kata Ustaz Ahmad Sonhadji dlm kitab Tafsir Al Quran, "oleh sebab itu, hendaklah kamu bersyukur kpd Allah di atas nikmat yg dikurniakan Nya kepadamu dan hendaklah kamu berterima kasih kepada ke dua-dua ibu bapamu kerana merekalah sebab kamu dilahirkan, mereka menjaga dan mendidik kamu menjadi org yg baik tanpa menghiraukan penat lelah dan kesusahan yg mereka alami."


Allah swt juga mengulangi perkara yg hampir sama maksudnya dalam surah Al- Ahqaf ayat 15 yg bermaksud: " Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada ke dua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah." Menurut Imam Ibnu Kathir, seorang ibu menanggung kesulitan sewaktu mengandung dan melahirkan anaknya. antaranya adalah seperti:
Mengidam atau sangat berkeinginan utk makan sesuatu
Pening, mabuk dan muntah-muntah di awal kehamilan
 Merasa berat menggendong anak dalam kandungan
Merasa sakit yg teramat sangat sewaktu melahirkan anak


INGAT!! KAWAN-KAWAN.. itu antara ujian yg dihadapi oleh ibu dan kita yg da mnjadi ibu ni sewaktu mengandung dan melahirkan kita dan anak2 kita. namun ibu-ibu tetap bersabar dan tabah mengharungi ujian daripada Allah. Yg paling penting, mereka menjaga keselamatan kita sewaktu berada dalam kandungan dan sewaktu anak dilahirkan. oleh sebab itu, Allah swt memerintahkan agar kita semua mendoakan ibu dan ayah kita dengan membaca doa sebagaimana yg terdapat dalam surah al-Isra' yg bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sewaktu aku kecil."


KEUTAMAAN BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Amalan yg paling dicintai Allah
Abdullah Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah saw "Apakah amalan yg paling dicintai oleh Allah swt?" Jawab Baginda: "Solat pada awal waktu." beliau bertanya lagi "Selepas itu apa?" Jawab Baginda "Berbakti kepada ke dua-dua ibu bapamu". beliau bertanya lg "Selepas itu apa?" Jawab Baginda: "Berjihad di jalan Allah." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Keutamaannya Melebihi jihad di jalan Allah
diriwayatkan daripada Mu'awiyah bahawa Jahimah pernah menemui Rasulullah saw dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin mengikut serta dalam peperangan maka bagaimana pandanganmu?" Rasulullah saw bertanya kembali kepadanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" jawab Jahimah: "Ya" lantas Baginda bersabda: "Tetaplah kamu bersamanya, kerana sesungguhnya syurga berada pada ke dua-dua kakinya." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Menepati perintah daripada Rasulullah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw lalu bertanya. "Apakah yg engkau perintahkan kepadaku?" Maka baginda menjawab; "Berbaktilah kepada ibumu!" lalu lelaki itu bertanya lagi Baginda menjawab "Berbaktilah kepada ibumu!" Lelaki itu mengulangi soalannya buat kali ke empat lalu Baginda menjawab "Berbaktilah kepada bapamu!" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Menghampirkan diri dengan syurga
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Mas'ud bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw; "Wahai Nabi Allah! apakah amalan yg paling hampir dengan syurga?" Jawab Baginda; "Solat pada waktunya" aku bertanya lagi; "Dan apa lagi wahai Nabi Allah?" Jawab Baginda; "Berbaktilah kepada ke dua-dua ibu bapa." Aku Bertanya lagi; "Dan apa lagi wahai Nabi Allah?" Jawab Baginda; "Berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Beroleh keredhaan daripada Allah
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw pernah bersabda; "Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan ibu bapa." (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi) 


oleh itu kita perlu sedar bahawa pengorbanan seorang ibu sangat besar dan x mungkin kita dpt membalasnya. so kawan-kawan jom kita berbakti kepada mereka dgn sentiasa menziarahi mereka, memenuhi keperluan mereka agar kita beroleh kebaikan dan keampunan dari Allah swt dan semoga amalan-amalan tersebut dapat membantu kita agar termasuk dalam golongan yg beruntung di dunia dan akhirat sebagaimana yg di sabdakan oleh Rasulullah saw. 

Selain dari menghargai dan menyayangi ibu jangan pula dilupakan pada bapa kita ye kengkawan. walaupun bapa kita disebut pada kali ke empat oleh Rasulullah tapi tau x korang bahawa bapa lah kunci pintu syuga jika kita nak menuju ke syurga. so kita perlu melayani dan membalas jasa-jasa ibu bapa kita yg bersusah payah membesarkan, memberikan keselesaan dan sebagainya supaya suatu hari nnt kita menjadi seorang insan yg berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. bagi mereka yg tiada lagi ibu bapa berbahagialah anda kerana anda tidak perlu menjadi anak derhaka :) doakan kebahagian ibu bapa kita di akhirat sana.


Monday, 24 March 2014

PERUBAHAN KULIT KETIKA KEHAMILAN >> BERSEDIAKAH ANDA???


Assalam uolllsss hehe ape kabar semua?? ari ni nak share ngan korang pasal perubahan-perubahan yang setiap wanita hadapi sepanjang waktu kehamilan. ha sanggup ke idok??? hehe sewaktu kita mengandung banyak proses-proses perubahan yang berlaku pada badan kita. lain orang lain lak perubahan yang dirasakan dan paling ketara adalah perubahan kulit ketika kehamilan betul x??


okay jom kite throwback kesan-kesan yg pernah berlaku kat body kita sepanjang proses kehamilan..


PIGMENTASI
Perubahan yg paling ketara pada kulit adalah pigmentasi. sebanyak 90% wanita hamil akan mengalami pigmentasi yang disebabkan oleh hormon estrogen, progesteron dan melanocyte yg terlalu tinggi ketika kehamilan. bahagian paling biasa dan paling senang terkena pigmentasi ni adalah di bahagian puting, areola, ketiak, kemaluan, dan bahagian dalam peha. pigmentasi di bahagian-bahagian ini selalunya akan memutih selepas kelahiran tapi kadangkala pigmentasi tersebut akan kekal dan menjadi masalah kepada wanita terutamanya dibahagian ketiak. bahagian lain yg turut terjejas akibat pigmentasi adalah muka dan linea alba iaitu garisan tengah di bawah umbilikus pada bawah abdomen.

sebanyak 70% ibu hamil mengalami pigmentasi di bahagian muka yang dikenali sebagai melasma atau kloasma. kawasan muka yg selalu kena pigmentasi ni adalah pipi, dahi dan rahang. pigmentasi ni selalunya akan memutih lepas bersalin tapi akan menjadi teruk selepas kehamilan seterusnya dan penggunaan pil pencegah kehamilan. selain dari pengaruh hormon, faktor lain turut mempengaruhi melasma seperti genetik dan pendedahan pada UV. untuk mengurangkan pigmentasi yg disebabkan melasma ni, ibu hamil dinasihatkan utk gunakan krim penghalang matahari (sun block).

lepas bersalin, ibu-ibu boleh menggunakan krim pemutih yg mengandungi agen pemutih seperti hydroquinone dan arbutin (elakkan memakai sewaktu kehamilan).

ha ni pengalaman sendiri... waktu mengandung anak ke 2 i pigmentasi memang naik kat muka. banyak betul jeragat terutama pada bahagian muka yg bawah mata tu sampai bila di tengok betul2 da bentuk macam spek mata da huuu.. tapi lepas bersalin ni Alhamdulillah makin elok nak tau ape yg i amik? nnt i story ye hehe.. tp betulla org tua-tua kata. if kecantikan ibu tu x naik dan muka naik macam-macam it means ibu tu mengandungkan anak perempuan dan Alhamdulillah its true hehe sebab masa anak 1st x kena pon pigmentasi ni n dpt baby boy then 2nd dpt baby gurl lak Alhamdulillah. tp tu semua andaian ye jantina anak2 ni bia Allah yg tentukan janji baby cukup sifat, dan sihat itu yg paling penting.


KESAN REGANGAN
Seramai 70% ibu hamil yg dapat kesan regangan di bahagian perut, peha dan payudara pada bulan ke 7 kehamilan yg dikenali sebagai striae gravidarum. mula-mula kesan regangan warna merah jambu lama-lama bertukar jadi warna putih dan menyebabkan kegatalan. ia disebabkan oleh hormon dan regangan perut, payudara dan paha ketika kita hamil. semua ni terjadi sebab pd bahagian perut, ia diregangkan oleh bayi dalam perut, paha oleh pengekalan air dan pembengkakkan payudara oleh kereningan kelenjar susu yg menyediakan tubuh badan utk proses penyusuan apabila bersalin nanti. faktor genetik juga boleh menyebabkan terjadinya kesan regangan ni. utk menghalang striae gravidarum ni anda dicadangkan untuk menyapu pelembap dan krim pada bahagian perut ketika awal kehamilan. TAPI penyapuan krim ni pon x berkesan kepada sesetengah ibu hamil macam i ekekekeke


PALMAR ERYTHEMA
Palmar erythema ni merupakan pengembangan salur darah yg akan menyebabkan bahagian muka, tapak tangan dan bahagian berotot menjadi kemerahan. ini kerana jantung ibu berdegup lebih kuat dan salur darah membesar agar jantung dapat mengepam darah dan nutrien kepada ibu dan bayi dalam kandungan.


SPIDER NAEVI DAN VENA VARIKOS
spider naevi merupakan salur darah kecil yg terdapat pada muka, dada dan lengan spider naevi ni akan hilang lps bersalin. vena varikos lak disebabkan oleh hormon yg menekan rahim ke vena-vena utama dalm perut yg bersambung dengan vena-vena dikaki. pembengkakkan kaki selalu terjadi akibat daripada pengembangan vena disebabkan injap vena yg x berfungsi dengan betul so utk elak dari kaki bengkak, ibu hamil x boleh berdiri terlalu lama dan buat la senaman sikit utk kuatkan kaki tu hehe.

RAMBUT DAN BULU
uolls perasan x waktu korang hamil dulu rambut n kulit kepala korang jadi kuat, mampat dan kasar? then bulu-bulu pada badan pun jadi makin banyak. proses ni adalah sebab perubahan hormon sepanjang kehamilan. TAPI, lepas 3 bulan bersalin, ibu-ibu akan mengalami keguguran rambut yang banyak dan ini akan berpanjangan sehingga 6 bulan selepas bersalin. keadaan ni dipanggil telogen effluvium. dalam tempoh ni, korang semua dinasihatkan untuk menggunakan syampoo yg boleh halang keguguran rambut, mengawal tekanan, mengambil makanan seimbang dan mengambil supplement yg membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan menguatkan rambut.

KUKU
Sepanjang kehamilan, kuku akan menjadi rapuh dan nipis. ada gak sesetengah ibu hamil tu mengalami kuku retak, garisan x sekata atau pemisahan kuku dari dasar kuku yg di kenali sebagai onycholysis. untuk elak dari berlakunya masalah kuku rapuh ni, ibu-ibu hamil perlu makan makanan yg mengandungi kalsium yg tinggi dan dinasihatkan supaya x pakai pewarna kuku supaya kuku x rosak.

HORMON
setiap perubahan yang dialami sewaktu hamil adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi sewaktu hamil dan bila bersalin, hormon akan kembali kepada normal dan kebanyakan perubahan fisiologi akan hilang namun beberapa perubahan sukar hilang antaranya seperti pigmentasi kulit, striae, dan vena varikos. ibu-ibu hamil perlu menggunakan krim pelindung matahari (sun block), pelembap dan stokin ketat utk halang / kurangkan perubahan kult tersebut.


ha ade x tanda-tanda yg korang sendr dapat sepanjang kehamilan ni? tp ape pon pregnancy time was the best part in womens life betul x hehe. ok if korng nak atasi masalah yg korang hadapi, korang boleh start consume set hamil shaklee dan bagi mereka yg nak hamil pon da boleh start amik set kesuburan agar kita mendapat anak-anak yg sihat, sempurna dan paling penting ibu-ibu hamil pon x stress dan mengalami masalah seperti sembelit dan sebagainya. untuk pengetahuan uollss gak, stretch mark boleh dikurangkan dan dipudarkan tau hehe.. just amik ESP je bukan dpt pudarkan stretch mark tp dapat tegangkan perut yg menggeleber lepas bersalin tu so ESP memang SUPERBB hehhe

nak dapat best price?? PM/SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 dan add fb PRECIOUSMOM MURNIE untuk more details k. 

Friday, 21 March 2014

SET SLIM MENYUSU

Assalam semua sihat ke ari ni?? sekejap je da jumaatkan da selawat ke atas Rasulullah SAW? ha selawat dulu sebelum baca entry ni ye.. bagi lelaki jangan lupa g solat jumaat :) dan janagn lupa gak untuk perbanyakkan sedekah di hari jumaat penghulu segala hari ni.. banyak jenis sedekah yang kita boleh buat bukan setakat dari sudut kewangan je tau. antara sedekah yg boleh kita lakukan adalah seperti senyum, menolong orang yang perlukan bantuan kita dan macam2 lagi :D

okay hari ni nak share pasal set slim menyusu untuk ibu2 yang menyusukan anak-anak mereka.. untuk pengetahuan korang, set slim ni sangat-sangat best dan ia diperakui dan dipersetujui oleh golongan ibu-ibu tu sendiri tau hehe. korang boleh tengok testimoni diorg kat other entry ye :)


set ni bukan je untuk ibu2 yg menyusukan anak diorg tapi sangat sesuai juga untuk mereka yg belum ada anak, kaum lelaki dan wanita-wanita bujang diluar sana. hurm ape yg best sangat dengan set ni ek? ha ni nak cite ni.. set slim menyusu ni mengandungi ESP, ALFALFA dan LECITHIN. Setiap satu supplement ni memainkan peranan mereka sendiri dan sekaligus membantu ibu-ibu ni dan pengguna-penggunanya menurunkan berat badan dan mendapat kembali bentuk tubuh yang mereka inginkan macam sebelum kawen duluuuu hehe.

ok jom tengok ape yg ade dalam tiap supplement ni..

ESP

❣ mengandungi Kacang soya 'non-GMO' iaitu kacang soya yang tidak di ubah kandungan genetiknya.
❣ mengandungi 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.
❣ Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan kepada penggunanya
❣ membantu menggantikan sel-sel mati kepada sel-sel baru
❣ membantu melicinkan kulit dan mencantikkan kulit serta memberikan kesan awet muda kepada pengguna
❣ membantu membina otot dan tidak menjadikan kulit menggeleber
❣ membekalkan tenaga yang berpanjangan
❣ membaiki pigmentasi pada kulit
❣ membaiki memori supaya daya ingatan lebih kuat
❣ melindungi prostat dari kanser
❣ membantu memekatkan susu

ALFALFA

❣ dikenali sebagai raja tumbuhan
❣ membantu mencuci usus, darah dan hati
❣ bertindak sebagai milkbooster
❣ membantu menganjalkan payudara
❣ bertindak sebagai kacip fatimah
❣ melegakan keletihan
❣ membantu memperbaiki masalah penghadaman
❣ menyingkirkan lemak, kolestrol dan toksin dari dalam badan

LECITHIN

❣ di ekstrak dari kacang soya non-GMO
❣ membantu membakar lemak dan menyingkirkan kolestrol
❣ membantu mengatasi masalah bengkak susu yang di alami oleh ibu-ibu
❣ mencantikkan kulit dan otot
❣ menghalang kejadian batu karang 
❣ meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress
❣ mengatasi masalah darah tinggi
❣ membantu mengatasi masalah sembelit


ha banyak betul kegunaan set slim menyusu ni. bukan je dapat kurus tapi dapat cantik, atasi kanser, atasi masalah perut mengeleber dan buncit dan paling best n paling disukai ibu-ibu yg menyusukan anak diorg ni sebab set ni membantu memeriahkan lagi susu badan dan sekaligus menjadikan perut anak-anak mereka lebih kenyang.. betul x wahai ibu-ibu sekalian?? hehe.



ok sempena dengan pembelian 6 free 1 ESP hingga hujung bulan MAC 2014 ni, ada sesuatu yg istimewa yg menanti korang so ape tunggu lagi jom grab x kira la korang ni ibu yg menyusukan anak ke masih single ke belum ade anak ke atau korang ni kaum lelaki pon boleh je try set ni.

tak tau macam mn nak dapatkan set ni? ha cepat PM/SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 dan add FB PRECIOUSMOM MURNIE ye. dan bagi mereka-mereka yg tinggal berdekatan dengan branch shaklee, boleh je korang guna ID 877236 untuk korang beli sendiri set ni dan bila da beli tu call je i terus untuk dapatkan cara-cara consume set ni dengan betul dan efektif so keputusan yg korang dapat mesti marvelous punya la hehe. k bye

eh kejap.. klik link bawah utk pembelian terus k

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=76cf99d3614e23eabab16fb27e944bf9

Thursday, 20 March 2014

TESTIMONI SET SLIM MENYUSU

Assalam semua.. ari ni nak share sket pasal testimoni-testimoni pengguna set slim menyusu yang semestinya khas untuk ibu2 menyusu TAPI mereka yang tak menyusu ni pon masih boleh ambil ye and its UNIVERSAL so lelaki n pompuan boleh ambil set ni hehe.. dalam set ni mengandungi ESP, LECITHIN dan ALFALFA kenapa set ni sangat menjadi pilihan ibu2 yang menyusukan anak2 nnt tengok kat info pasal set slim menyusu ni kat entry yg lain ye :D

okay jom kite tengok ape kate ibu2 menyusu ni ye :)


ha ni kate puan akilla dari Johor.. "set slimming memang superbb berat turun 20kg!! memang terbaekkk"


"baju2 dulu da muat balik sebab bentuk badan da terbentuk seperti sebelum mengandung dulu" - Puan Nur Diana.


"sebelum timbang 72.8kg dalam masa 3 HARI da tinggal 72KG jek.. target kembali ke berat asal 50KG" ha kau just in 3 days geng da turun 800 gram hehe dlm masa sebulan compom boleh turun till 50 KG je ni hehe

ha thats all sharing untuk ari ni.. jom bershaklee.. PM/SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 SEKARANG dan add PRECIOUSMOM MURNIE... nak beli terus?? klik je link ni

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=76cf99d3614e23eabab16fb27e944bf9

Saturday, 15 March 2014

PERKARA SEBELUM HAMIL



Assalam... ari ni nak share topik kehamilan lagi hehe... for thus yang belum hamil n ingin hamil mesti nak tau ape yg perlu di ambil kira sebelum kehamilan kan?? ni saya dpt dr majalah mami n baby keluaran bulan januari so sy akan share serba sedikit perkara yang perlu kita tau b4 hamil...


ok 1st kite mesti bersedia utk hamil so xde isu bdn da x cntik pas beranak la badan gemok ms mengandung la, ms ngandung komplen x leh mkn mcm2 coz morning sickness la ape la kan huhu.. ok untuk pengetahuan anda semua, penjaninan berlaku dlm ms 2 minggu sblm next period.. maksudnya kita xkn tau yg kita ni hamil smpai kandungan cecah 3 minggu dan ke atas.. tapi baby amat sensitif & berisiko tinggi ketika 2 hingga 8 minggu selepas proses penjaninan.. ini adalah sebab pd minggu tersebut organ dalaman baby terbentuk (seperti jantung)... ape2 yg kita mkn, minum, hisap / terdedah boleh memberi ksn kepada baby so kena la sentiasa beware means JANGAN angkat benda2 berat, makan makanan berbisa dan boleh menyebabkan keguguran contohnya: NANAS, RAGI then minum minuman yg berbahaya contoh: AIR GAS/BIKARBONAT, AIR TEBU, ARAK dan sebagainya. selain tu bagi wanita-wanit yg merokok dan mempunyai suami yg merokok TOLONG la berhenti atau jauhkan diri dari asap rokok ye sebb ia akan menyebabkan janin menjadi cacat dan mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Untuk permulaan, pada waktu 3 bulan sebelum hamil, kita perlu mengambil supplement ASID FOLIK untuk membantu kita mudah hamil dan membantu mengatasi masalah penyakit saraf kepada bayi. so dengan mengamalkan pengambilan asid folik ni secara berterusan sehingga hamil dan bersalin kita dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi penyakit saraf yg membahayakan bayi. makan makanan yang membantu kita hamil seperti almond, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya.. amalkan juga pengambilan multivitamin, kalsium, b complex untuk membantu mengatasi masalah tekanan di tempat kerja, rumah dan persekitaran so bila kita x stress n badan x mengalami keletihan yang melampau, In Shaa Allah kita mudah untuk hamil.

Sebagai wanita, kita juga perlu tahu kitaran kesuburan supaya kita dapat tahu bila waktu ovulasi yang membantu berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum di dalam rahim kita. Untuk pengetahuan semua, waktu subur boleh dikenal pasti melalui 3 cara iaitu:


1. SUHU BADAN
anda memerlukan termometer basal untuk menyukat suhu badan pada SETIAP PAGI selepas bagun tidur TAPI sebelum mandi / berus gigi :). catatkan suhu badan pada sebuah carta khas. suhu badan perlu diambil dan dicatat selama sebulan iaitu selepas haid hingga kitaran haid yg seterusnya. melalui catatan ni akan memberi petunjuk samada seseorg itu (wanita) mengeluarkan ovum (telur) atau tidak serta memberikan petunjuk bila waktunya telur dikeluarkan. pengeluaran telur selalu terjadi dalam pusingan 28 hari yg biasanya berlaku 13/14 hari selepas hari pertama haid.

2. MENGKAJI LENDIR DARI FARAJ
Untuk mendapatkan lendir, wanita itu perlu memasukkan jari ke dalam faraj sebaik selepas buang air kecil. masukkan jari hingga terasa pangkal rahim yg keras seperti hidung (pastikan kuku x panjang ye). pada waktu subur yg biasanya jatuh pada hari ke 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan. jika anda dapati seperti tanda-tanda tersebut.. TAHNIAH anda SANGAT SUBUR pada waktu itu :D

3. PEMERIKSAAN ULTRASOUND
Kesuburan juga boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. doktor boleh mengesan telur keluar dan dihasilkan. TAPI tak semua tempat dan doktor boleh buat ujian penghasilan telur melalui ultrasound ni dekat Malaysia hanya ade beberapa tempat yang menawarkan perkhidmatan ni dan salah satu klinik yg menawarkan perkhidmatan ni adalah klinik kesuburan LPPKN.




akhir sekali, TETAPKAN NIAT, BERUSAHA dan BERTAWAKAL KEPADANYA. Perlu diingatkan apa jua usaha perlu disertai niat ke jalan ALLAH SWT. niat yg baik perlu disertakan dengan cara yg baik. segala usaha yang dilakukan perlu mengikut syarak dan diikuti cara yg HALAL dan selaras dengan tuntutan ISLAM. Niat dan usaha pada landasan syarak In Shaa Allah akan memberikan keberkatan kepada bakal ibu bapa yg sedang berusaha menimang cahaya mata yang dikehendaki. 

setelah berusaha maka bertawakallah. Tawakal ertinya mempercayai atau menyerah yg menjadikan kita ni sebagai seorang hamba yg berserah dan percaya sepenuhnya kepada KETENTUAN dan PERANCANGAN ALLAH SWT. 

okay thats all moga info yg ade dalam penulisan kali ni dapat membantu anda semua dalam usaha utk hamil dan mendapat anak-anak sebagai penyeri rumah tangga. doa i untuk u ollsss, semoga anda semua mendapat anak-anak yg soleh dan solehah serta anda menjadi ibu bapa yg bertanggungjawab dan sentiasa mendidik anak-anak ke jalan yg diredhai oleh Allah SWT. 




CAR BOOTH SALE

Assalam semua.. Selamat berhujung minggu.. Setelah penat seminggu bekerja ape aktiviti u guys ek di hujung minggu ni? I since ade modal lebih ni dpt buat stok shaklee kat umah i try buat car booth sale tau hehhe bukan ape saje mengisi masa pagi lps solat subuh tu kan hehe. Alhamdulillah my hubby izinkn i buat car booth sale ni moga dipermudahkan dan jualan produk sentiasa kebaboooom :)

Nak tau x i buat car booth sale ni katne? Hehe slalu i g kat pasar tani setiawangsa atau pasar tani melawati. Ha pasar tani ni tiap sabtu pagi then kadang malam i g pasar malam sabtu kat aeon jusco au2. So sape2 yg nak dptkn produk shaklee yg sentiase meletops n kebaboooom ni blh la try dtg kat tempat2 yg i sebut ni. Harga pon memang terbaekkk utk u olls yg i sayang ni ;D

If i nak COD pon boleh tp area yg tertulis kat header atas tu je ye hehhe. So far jualan car booth sale i ni memberikan hasil yg memberangsangkan n x mengecewakan gak la hehe customer pon blh dpt consultation secara free dr i secara direct n dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Ha aktiviti camni juga merupakan salah satu cara nak dpt ramai kawan tau..

Car booth sale ni selain kena ade produk shaklee yg pelbagai, kita juga kena ade pamplet so bila agak2 kita nak tutup booth tu kita blh edar pamplet gak. Ala just letak je kat cermin-cermin kereta future customer tu mn tau ade rezki diorg akan call kita utk dptkn produk shaklee yg diorg nak so sekurang2nya kita dapat bantu diorg untuk meningkatkan kesihatan mereka sekeluarga. If ade hubby or wife n even anak2 yg join ms car booth sale ni ha ape lg buat je kerahan tenaga hehe mnx tolong diorg edarkan pamplet tu :) x susah pon kan..

Ni pon sementara tunggu cust, i isi masa lapang dgn update blog kesayangan i ni la hehhe. Ha ok la setakat tu je untuk pagi ni hehe ade customer nak di layan ;D so ape lg daaaaaa.. If sape2 yg nak produk shaklee direct dgn i blh je dtg kat tempat2 yg i sebut ni or dtg umah terus pon boleh just call/pm/sms/whatsapp/wechat 019 2862409 utk set date n time if nak dtg umah ye.. Jgn lupa like fan page i n add i as ur fren kat fb nama fb i preciousmom murnie.

Thursday, 13 March 2014

KETIKA KITA DI UJI


Assalam semua.. lama betul berehat huhu macam2 ujian yang melanda diri ku ini hurmm dengan x sihatnye lah, dengan anak2 pon x sihat dan macam2 lagi. so ari ni terdetik pulak nak share pasal ujian-ujian yang melanda kehidupan kita seharian.

Tahun ni paling teruk i dpt sakit sampai demam, batuk n selsema teruk dan sehingga suara xde selama 2 hari. hari ke 3 baru la ade suara sikit2 tu pon masih serak dan kurang jelas. after a year x kena sakit bila di uji ha hambekk ko betul2 DIA bagi sakit. Alhamdulillah dapat sakit yang membantu kifarah dosa-dosa i hehe. kesakitan menandakan Allah masih sayang pada kita.

Dalam hidup ni pelbagai bentuk ujian yang melanda kita namun semua ujian tu diberikan oleh Allah SWT kerana tahu kita dapat hadapi dan bersabar serta percaya pada kuasa NYA dan kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar dengan segala bentuk ujian yang melanda diri mereka.




Ujian ni di datangkan dalam pelbagai bentuk dan antara bentuk-bentuk ujian adalah seperti:

ツ Ujian kesenangan

> pada waktu ini kita telah mengecapi kesenangan dan kemewahan dalam hidup. boleh dikatakan apa yg kita nak mesti semua kita boleh dapat. so Allah beri ujian melalui kesenangan yg mana adakah kita mensyukuri nikmat dari NYA dengan mengeluarkan sebahagian dari harta kita untuk bersedekah dan berzakat untuk membantu mereka yang sentiasa memerlukan dan lebih susah dari kita.

ツ Ujian kesusahan

> kita di landa musibah yang pelbagai dari segi masalah kewangan, dari segi kenderaan rosak, kesukaran mencari kerja yg sesuai dengan potensi diri dan macam-macam lagi. melalui ujian ni Allah nak lihat adakah kita berusaha untuk mengatasi masalah yg menimpa hidup kita dan adakah kita berdoa kepada NYA dan meminta agar dipermudahkan urusan dan ujian yg melanda hidup kita tu.

ツ Ujian kesakitan

> Allah SWT memberikan ujian kesakitan melalui sakit ringan seperti luka kecil, dan kesakitan yg berat seperti kemalangan, sakit melahirkan dan sebagainya. kesakitan yang diberi ni merupakan salah satu peringatan dari Allah untuk kita kerana mungkin kita telah melakukan pelbagai bentuk kesalahan dan dosa yg mungkin kita tidak sedar dan Allah SWT memberikan peluang untuk kita bertaubat dan kembali kepada jalan NYA. oleh itu jgn la kita bersungut dan tidak sabar terhadap penyakit yg menimpa kita hatta kita terluka sikit pon itu tandanya Allah masih sayang pada kita dan ingin kita kembali kepada NYA.

ツ Ujian kelaparan

> melalui kelaparan Allah menguji kita samada adakah kita berusaha untuk mencari makanan walaupon dalam jumlah yg sikit untuk menampung kelaparan yang kita hadapi dan adakah kita berusaha untuk berpuasa supaya kelaparan yang melanda dapat diatasi dengan nikmatnya berpuasa.

ツ Ujian kekenyangan

> kita diberikan dengan kemewahan makanan dan kemampuan untuk memiliki makanan yang kita inginkan. kiranya hidup macam dalam syurga la hehe baru je teringat nak makan pizza (contohnya) alih-alih ptg karang atau time lunch kita da ajak kawan2 makan pizza atau ade org da blanje makan pizza. so kita kenyang dan melalui kekenyangan adakah kita mensyukuri nikmat yang di beri oleh NYA? adakah kita share dengan mereka yg mengalami kelaparan dan kesukaran untuk mendapatkan makanan?

ツ Ujian kematian

> ujian kematian merupakan ujian yg paling berat yang setiap manusia akan hadapi tak kira bila, di mana atau bagaimana seseorang hamba Allah itu akan pergi dan dipanggil oleh NYA. so adakah kita telah siap dengan amalan-amalan yang dapat membantu kita di akhirat nnt? melalui ujian kematian juga kita akan kehilangan ibu bapa terchinta, suami, anak2, sedara mara, adik beradik, atuk nenek, kawan-kawan dan sesiapa aja yg kita kenal atau tidak. melalui ujian ini adakah kita redha dengan pemergian mereka yg kita sayang dan seharusnya kita lalui ujian ini dengan penuh tabah dan sabar serta sentiasa bersedekah dengan membaca surah yassin dan sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi agar dijauhkan dari seksa kubur dan di masukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman.

dan pelbagai lagi ujian yang di berikan oleh Allah selagi hamba NYA dapat melalui ujian tersebut dengan sabar dan tabah.









Sehingga kini kita dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MH370 yang sepatutnya mendarat di BEIJING, CHINA namun hilang dan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik di KLIA sejak dari 8/3/2014 yang lepas dan hingga kini (13/3/2014) masih tidak ditemui dan ini merupakan ujian Allah kepada keluarga, sahabat handai, dan turut terkesan kepada negara serta beberapa negara lain yang warganegara mereka turut menjadi penumpang dalam kapal tersebut. nasib diorang masih belum diketahui sehingga ari ni dan kita sebagai warganegara berdoa agar penumpang-penumpang dan cabin crew kapal tersebut selamat dan tidak mengalami apa-apa musibah dan jika kapal tersebut mengalami musibah i berharap agar penumpang-penumpang dan cabin crew tersebut di tempatkan di kalangan orang-orang yg soleh.



So moral of the story dalam keadaan macam mana pon ujian yg melanda kita dan seteruk mana pon ujian tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah ada bersama kita dan kita perlu berusaha dan berdoa serta bertawakal agar ujian tersebut dapat diatasi dan jika kita di uji dengan kesenangan dan kekenyangan kita perlulah sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yg memerlukan. percaya kepada janji Allah SWT.

dan ingat lah nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa "jika kamu di timpa musibah dan musibah itu terlalu berat bagimu maka fikirkan lah mereka yang mengalami musibah yang lebih berat darimu agar hati kamu sentiasa mensyukuri dan tidak menjadikan ujian tersebut sebagai ujian yang berat bagimu".






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...