Thursday, 13 March 2014

KETIKA KITA DI UJI


Assalam semua.. lama betul berehat huhu macam2 ujian yang melanda diri ku ini hurmm dengan x sihatnye lah, dengan anak2 pon x sihat dan macam2 lagi. so ari ni terdetik pulak nak share pasal ujian-ujian yang melanda kehidupan kita seharian.

Tahun ni paling teruk i dpt sakit sampai demam, batuk n selsema teruk dan sehingga suara xde selama 2 hari. hari ke 3 baru la ade suara sikit2 tu pon masih serak dan kurang jelas. after a year x kena sakit bila di uji ha hambekk ko betul2 DIA bagi sakit. Alhamdulillah dapat sakit yang membantu kifarah dosa-dosa i hehe. kesakitan menandakan Allah masih sayang pada kita.

Dalam hidup ni pelbagai bentuk ujian yang melanda kita namun semua ujian tu diberikan oleh Allah SWT kerana tahu kita dapat hadapi dan bersabar serta percaya pada kuasa NYA dan kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar dengan segala bentuk ujian yang melanda diri mereka.




Ujian ni di datangkan dalam pelbagai bentuk dan antara bentuk-bentuk ujian adalah seperti:

ツ Ujian kesenangan

> pada waktu ini kita telah mengecapi kesenangan dan kemewahan dalam hidup. boleh dikatakan apa yg kita nak mesti semua kita boleh dapat. so Allah beri ujian melalui kesenangan yg mana adakah kita mensyukuri nikmat dari NYA dengan mengeluarkan sebahagian dari harta kita untuk bersedekah dan berzakat untuk membantu mereka yang sentiasa memerlukan dan lebih susah dari kita.

ツ Ujian kesusahan

> kita di landa musibah yang pelbagai dari segi masalah kewangan, dari segi kenderaan rosak, kesukaran mencari kerja yg sesuai dengan potensi diri dan macam-macam lagi. melalui ujian ni Allah nak lihat adakah kita berusaha untuk mengatasi masalah yg menimpa hidup kita dan adakah kita berdoa kepada NYA dan meminta agar dipermudahkan urusan dan ujian yg melanda hidup kita tu.

ツ Ujian kesakitan

> Allah SWT memberikan ujian kesakitan melalui sakit ringan seperti luka kecil, dan kesakitan yg berat seperti kemalangan, sakit melahirkan dan sebagainya. kesakitan yang diberi ni merupakan salah satu peringatan dari Allah untuk kita kerana mungkin kita telah melakukan pelbagai bentuk kesalahan dan dosa yg mungkin kita tidak sedar dan Allah SWT memberikan peluang untuk kita bertaubat dan kembali kepada jalan NYA. oleh itu jgn la kita bersungut dan tidak sabar terhadap penyakit yg menimpa kita hatta kita terluka sikit pon itu tandanya Allah masih sayang pada kita dan ingin kita kembali kepada NYA.

ツ Ujian kelaparan

> melalui kelaparan Allah menguji kita samada adakah kita berusaha untuk mencari makanan walaupon dalam jumlah yg sikit untuk menampung kelaparan yang kita hadapi dan adakah kita berusaha untuk berpuasa supaya kelaparan yang melanda dapat diatasi dengan nikmatnya berpuasa.

ツ Ujian kekenyangan

> kita diberikan dengan kemewahan makanan dan kemampuan untuk memiliki makanan yang kita inginkan. kiranya hidup macam dalam syurga la hehe baru je teringat nak makan pizza (contohnya) alih-alih ptg karang atau time lunch kita da ajak kawan2 makan pizza atau ade org da blanje makan pizza. so kita kenyang dan melalui kekenyangan adakah kita mensyukuri nikmat yang di beri oleh NYA? adakah kita share dengan mereka yg mengalami kelaparan dan kesukaran untuk mendapatkan makanan?

ツ Ujian kematian

> ujian kematian merupakan ujian yg paling berat yang setiap manusia akan hadapi tak kira bila, di mana atau bagaimana seseorang hamba Allah itu akan pergi dan dipanggil oleh NYA. so adakah kita telah siap dengan amalan-amalan yang dapat membantu kita di akhirat nnt? melalui ujian kematian juga kita akan kehilangan ibu bapa terchinta, suami, anak2, sedara mara, adik beradik, atuk nenek, kawan-kawan dan sesiapa aja yg kita kenal atau tidak. melalui ujian ini adakah kita redha dengan pemergian mereka yg kita sayang dan seharusnya kita lalui ujian ini dengan penuh tabah dan sabar serta sentiasa bersedekah dengan membaca surah yassin dan sentiasa mendoakan mereka yang telah pergi agar dijauhkan dari seksa kubur dan di masukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman.

dan pelbagai lagi ujian yang di berikan oleh Allah selagi hamba NYA dapat melalui ujian tersebut dengan sabar dan tabah.









Sehingga kini kita dikejutkan dengan kehilangan kapal terbang MH370 yang sepatutnya mendarat di BEIJING, CHINA namun hilang dan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik di KLIA sejak dari 8/3/2014 yang lepas dan hingga kini (13/3/2014) masih tidak ditemui dan ini merupakan ujian Allah kepada keluarga, sahabat handai, dan turut terkesan kepada negara serta beberapa negara lain yang warganegara mereka turut menjadi penumpang dalam kapal tersebut. nasib diorang masih belum diketahui sehingga ari ni dan kita sebagai warganegara berdoa agar penumpang-penumpang dan cabin crew kapal tersebut selamat dan tidak mengalami apa-apa musibah dan jika kapal tersebut mengalami musibah i berharap agar penumpang-penumpang dan cabin crew tersebut di tempatkan di kalangan orang-orang yg soleh.



So moral of the story dalam keadaan macam mana pon ujian yg melanda kita dan seteruk mana pon ujian tersebut kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah ada bersama kita dan kita perlu berusaha dan berdoa serta bertawakal agar ujian tersebut dapat diatasi dan jika kita di uji dengan kesenangan dan kekenyangan kita perlulah sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yg memerlukan. percaya kepada janji Allah SWT.

dan ingat lah nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa "jika kamu di timpa musibah dan musibah itu terlalu berat bagimu maka fikirkan lah mereka yang mengalami musibah yang lebih berat darimu agar hati kamu sentiasa mensyukuri dan tidak menjadikan ujian tersebut sebagai ujian yang berat bagimu".






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...