Monday 22 September 2014

EMPAT KEADAAN KEHAMILAN.. YANG MANA SATUKAH KEHAMILAN ANDA??

Assalam semua.. Lama betul x update blog huuu.. Almaklumla busy sesgt last mnth asik attend kursus je huuu.. Nak tulis entry ni teringat lak experience pregnant dl huu 1st preggy i gugur masa kandungan da masuk 4bln then kena buat D&C pastu lepas 2 bln gugur baru la ade rezki balik Alhamdulillah huhu.. Now diam x diam i da ade 2 org anak da seorang putra n seorg putri Alhamdulillah rezki dari Allah perancangan Dia lagi baik dan terbaik buat kita huhu.. Ok masa i pregnant dulu yg anak 1st xde sebarang masalah tp yg 2nd ade masalah sikit sampai kena refer HKL u huhu.. Tapi Alhamdulillah sepanjang mengandungkan anak2 i xde la hadapi masalah yg serius sgt.. Ok untuk entry kali ni i nak share ape yg i baca kat majalah pa&ma keluaran Jun 2014. Topik ni sgt penting sbb kita perlu tau keadaan kehamilan yg dihadapi oleh setiap ibu hamil terutama mereka yg mengalami masalah dengan keadaan kehamilan ni.

Ok terdapat beberapa keadaan kehamilan yg kita perlu tau dan bagi perhatian yg lebih trhadap kandungan kita. Jenis2 kehamilan tersebut ialah:

PRAEKLAMPSIA
berlaku dalam 1 dari 10 kehamilan. Ia timbul sekitar minggu ke 20 kehamilan hingga beberapa hari sebelum bersalin. Ia berlaku disebabkan kerosakan uri yg menyebabkan kekurangan darah. Ini terjadi apabila uri tidak dapat membekalkan oksigen dan nutrien yg mencukupi kepada baby. Jika praeklampsia x dapat dikesan, ia akan berkembang menjadi eklampsia dan boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.

Mana2 ibu hamil sgt berisiko tinggi menghadapi keadaan kehamilan jenis praeklampsia ni termasuk ibu yg 1st time hamil dan mempunyai berat badan yg berlebihan. Sekiranya anda berusia lebih 40 tahun, anda juga berisiko menghadapi keadaan kehamilan tersebut.  Selain itu, mereka yg ada sejarah keluarga yg mempunyai praeklampsia, tekanan darah tinggi, kencing manis, atau penyakit buah pinggang serta mereka yg pernah melahirkan anak kembar juga berisiko tinggi untuk mengalami keadaan kehamilan praeklampsia ini.

Mereka yg mengalami praeklamsia x sedar langsung simptom keadaan ini. Keadaan ini hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan antenatal melalui petunjuk peningkatan tekanan darah, protein dlm air kencing, dan bengkak serta kesakitan di bahagian abdomen atas, muntah, sakit kepala yg teruk dan gangguan penglihatan adalah antara petunjuk masalah praeklampsia.

Jika seseorang mengalami praeklampsia, ia akan menyebabkan uri gagal berfungsi dengan baik yg akan menjejaskan perkembangan bayi. Jika ini terjadi, baby perlu dilahirkan menerusi kaedah induksi atau lg teruk kena buat pembedahan untuk melahirkan anak anda.

PLACENTA ABRUPTION

Placenta abruption berlaku apabila uri secara keseluruhannya terpisah daripada dinding rahim. Kira2 1 daripada 120 org ibu hamil akan mengalami masalah ini tapi tahap keseriusan adalah berbeza antara satu sama lain. Tekanan darah tinggi, umur melebihi 35 tahun, mengalami trauma dibahagian abdomen seperti kecederaan akibat kemalangan kereta, merokok, minum arak dan penyalahgunaan dadah akan meningkatkan risiko terjadinya placenta abruption.

80% wanita yg mengalami keadaan ini akan mengalami pendarahan dan ada juga yg mengalami sakit abdome yg teruk dan kawasan sekitar rahim lembut. Kadang, anda boleh mengetahui kawasan pendarahan di bahagian dalaman melalui imbasan yg dilakukan oleh doktor. Rawatan terhadap ibu hamil adalah bergantung kepada tahap lekangan uri tersebut. Jika pemisahan adalah sebahagian atau yg kecil, ia tidak mendatangkan masalah yg besar tp bagi kes yg serius, bayi dalam kandungan perlu dilahirkan secepat yg mungkin. Biasanye ibu perlu melahirkan secara pembedahan.

PLACENTA PRAEVIA

Placenta praevia pula berlaku bila uri menutupi atau sebahagiannya menutupi serviks yg merupakan jalan keluar bayi dlm rahim. Semasa proses kelahiran, apabila serviks terbuka, uri akan mula terpisah daripada dinding rahim. Wanita yg mempunyai lebih dari seorang anak, kehamilan kembar atau pernah menjalani pembedahan rahim termasuk kelahiran secara pembedahan adalah mereka yg berisiko tinggi untuk mengalami keadaan ini.

Biasanya tiada sebarang simptom yg blh dikenalpasti jika mengalami keaadaan ini tp biasanya ia dpt didiagnos melalui ujian imbasan atau scan. Dlm sesetgh kes, ada ibu hamil yg mengalami pendarahan. Placenta praevia juga boleh disyakit melalui kedudukan baby yg luar biasa.

Ibu hamil perlu scan kandungan sekitar minggu ke 34 dan seterusnya dan jika uri kurang dr 2cm drpd serviks, ibu perlu dibedah untuk melahirkan anak.

GESTATIONAL DIABETES

Gestational diabetes adalah diabetes yg dialami ketika hamil. Biasanya pancreas dalam tubuh kita menghasilkan hormon insulin yg mengawal glukosa agar kekal dlm darah. Tapi, hormon kehamilan boleh mengganggu proses tersebut.. Mereka yg hamil berisiko tinggi mengalami keadaan ini dan ia lebih cenderung kepada ibu yg lebih berusia, ibu yg mempunyai indeks jisim tubuh yg tinggi dan mereka yg mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes.

Simptom keadaan kehamilan ini blh diketahui melalui si ibu mengalami dahaga yg keterlaluan, kerap buang air kecil dan mudah letih. Gula dlm air kencing adalah salah satu simptom. Semua ibu hamil perlu menjalani ujian toleransi glukosa iaitu ujian minum air gula di klinik kesihatan pada trimester pertama da terakhir.. Ha ko time ni la kita terpaksa telan air gula yg sgtttttttt sedap tu kan huuuuu.. Then lepas minum air gula ujian darah akan dilakukan utk mengesahkan samada kita ni ade diabetes atau idok if idok.. Ha selamat la Alhamdulillah if sangkut hurm jawabnya kita perlu sentiasa dipantau oleh doktor untuk memastikan tahap gula dalam darah adalah normal. Doktor juga akan cek jika saiz baby normal or besar.

If diabetes teruk sgt ade yg perlu ambil suntikan insulin. Tapi keadaan ini akan berubah selepas proses melahirkan namun begitu ada juga ibu2 yg akan menghidapi diabetes sampai bila2..

Untuk mereka yg mengalami keadaan ini, anda blh amik supplement shaklee yg sesuai sepanjanh kehamilan.. Nak tau ape supplement yg sesuai diambil sewaktu hamil??? PM /SMS/WHATSAP 019 2862409

Ha tu je sikit sebanyak info yg blh i share kat uollsss nnt ade crite menarik i roger lg k... So i doakan uolllssss semua selamat melahirkan anak2 yg comel, soleh dan solehah mudahan-mudahan anak2 kita membesar dgn baik dan menjadi seorg khalifah yg berjasa pada agama, bangsa dan negara.. AMIN YA RABB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...