Saturday, 15 March 2014

PERKARA SEBELUM HAMIL



Assalam... ari ni nak share topik kehamilan lagi hehe... for thus yang belum hamil n ingin hamil mesti nak tau ape yg perlu di ambil kira sebelum kehamilan kan?? ni saya dpt dr majalah mami n baby keluaran bulan januari so sy akan share serba sedikit perkara yang perlu kita tau b4 hamil...


ok 1st kite mesti bersedia utk hamil so xde isu bdn da x cntik pas beranak la badan gemok ms mengandung la, ms ngandung komplen x leh mkn mcm2 coz morning sickness la ape la kan huhu.. ok untuk pengetahuan anda semua, penjaninan berlaku dlm ms 2 minggu sblm next period.. maksudnya kita xkn tau yg kita ni hamil smpai kandungan cecah 3 minggu dan ke atas.. tapi baby amat sensitif & berisiko tinggi ketika 2 hingga 8 minggu selepas proses penjaninan.. ini adalah sebab pd minggu tersebut organ dalaman baby terbentuk (seperti jantung)... ape2 yg kita mkn, minum, hisap / terdedah boleh memberi ksn kepada baby so kena la sentiasa beware means JANGAN angkat benda2 berat, makan makanan berbisa dan boleh menyebabkan keguguran contohnya: NANAS, RAGI then minum minuman yg berbahaya contoh: AIR GAS/BIKARBONAT, AIR TEBU, ARAK dan sebagainya. selain tu bagi wanita-wanit yg merokok dan mempunyai suami yg merokok TOLONG la berhenti atau jauhkan diri dari asap rokok ye sebb ia akan menyebabkan janin menjadi cacat dan mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Untuk permulaan, pada waktu 3 bulan sebelum hamil, kita perlu mengambil supplement ASID FOLIK untuk membantu kita mudah hamil dan membantu mengatasi masalah penyakit saraf kepada bayi. so dengan mengamalkan pengambilan asid folik ni secara berterusan sehingga hamil dan bersalin kita dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi penyakit saraf yg membahayakan bayi. makan makanan yang membantu kita hamil seperti almond, sayur-sayuran, kekacang dan sebagainya.. amalkan juga pengambilan multivitamin, kalsium, b complex untuk membantu mengatasi masalah tekanan di tempat kerja, rumah dan persekitaran so bila kita x stress n badan x mengalami keletihan yang melampau, In Shaa Allah kita mudah untuk hamil.

Sebagai wanita, kita juga perlu tahu kitaran kesuburan supaya kita dapat tahu bila waktu ovulasi yang membantu berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum di dalam rahim kita. Untuk pengetahuan semua, waktu subur boleh dikenal pasti melalui 3 cara iaitu:


1. SUHU BADAN
anda memerlukan termometer basal untuk menyukat suhu badan pada SETIAP PAGI selepas bagun tidur TAPI sebelum mandi / berus gigi :). catatkan suhu badan pada sebuah carta khas. suhu badan perlu diambil dan dicatat selama sebulan iaitu selepas haid hingga kitaran haid yg seterusnya. melalui catatan ni akan memberi petunjuk samada seseorg itu (wanita) mengeluarkan ovum (telur) atau tidak serta memberikan petunjuk bila waktunya telur dikeluarkan. pengeluaran telur selalu terjadi dalam pusingan 28 hari yg biasanya berlaku 13/14 hari selepas hari pertama haid.

2. MENGKAJI LENDIR DARI FARAJ
Untuk mendapatkan lendir, wanita itu perlu memasukkan jari ke dalam faraj sebaik selepas buang air kecil. masukkan jari hingga terasa pangkal rahim yg keras seperti hidung (pastikan kuku x panjang ye). pada waktu subur yg biasanya jatuh pada hari ke 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan. jika anda dapati seperti tanda-tanda tersebut.. TAHNIAH anda SANGAT SUBUR pada waktu itu :D

3. PEMERIKSAAN ULTRASOUND
Kesuburan juga boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. doktor boleh mengesan telur keluar dan dihasilkan. TAPI tak semua tempat dan doktor boleh buat ujian penghasilan telur melalui ultrasound ni dekat Malaysia hanya ade beberapa tempat yang menawarkan perkhidmatan ni dan salah satu klinik yg menawarkan perkhidmatan ni adalah klinik kesuburan LPPKN.




akhir sekali, TETAPKAN NIAT, BERUSAHA dan BERTAWAKAL KEPADANYA. Perlu diingatkan apa jua usaha perlu disertai niat ke jalan ALLAH SWT. niat yg baik perlu disertakan dengan cara yg baik. segala usaha yang dilakukan perlu mengikut syarak dan diikuti cara yg HALAL dan selaras dengan tuntutan ISLAM. Niat dan usaha pada landasan syarak In Shaa Allah akan memberikan keberkatan kepada bakal ibu bapa yg sedang berusaha menimang cahaya mata yang dikehendaki. 

setelah berusaha maka bertawakallah. Tawakal ertinya mempercayai atau menyerah yg menjadikan kita ni sebagai seorang hamba yg berserah dan percaya sepenuhnya kepada KETENTUAN dan PERANCANGAN ALLAH SWT. 

okay thats all moga info yg ade dalam penulisan kali ni dapat membantu anda semua dalam usaha utk hamil dan mendapat anak-anak sebagai penyeri rumah tangga. doa i untuk u ollsss, semoga anda semua mendapat anak-anak yg soleh dan solehah serta anda menjadi ibu bapa yg bertanggungjawab dan sentiasa mendidik anak-anak ke jalan yg diredhai oleh Allah SWT. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...