Thursday 31 December 2015

Kandungan Cellmax

Assalam.. petang-petang gini rase nak share lak kandungan yang terdapat dalam cellmax.. rase tak best lak kalau hakak x share ngan korang kandunga cellmax tu sendiri.. mesti korang tercari cari dan tertanya2 kan cellmax tu mengandungi ape dan ape yg best sgt pasal cellmax ni??

Hokey first nak bgtau cellmax ni merupakan produk pertama didunia yg mendapat "world patent" means xde company atau mana2 individu yg boleh menghasilkan dan menjual produk kesihatan yang berasaskan Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) dan memasarkannya di mana2 pasaran di dalam dunia ni KECUALI syarikat MAXXIMA.. ha memang SANGAT SPECIAL la cellmax ni hehe.

Ok now nak masuk bab kandungan cellmax.. dalam sekotak cellmax ade 14 sachet dan di dalam 1 sachet ade 1g Aphanizomenon Flos Aquae (AFA), 1g Oligosakarida dan 1g ekstrak buah pic..
Dalam 1g AFA ade 64 pelbagai jenis vitamin dan minerals antaranya Vitamin A (beta karotein), B kompleks, Vitamin C, Vitamin K, Vitamin E, Asid Folik, kologen, kalsium, magnesium, zinc dan macam2 lagi vitamin yg korang sendiri blh tengok dan baca di dalam gambar yang disertakan dibawah ni k..


Selain daripada 64 vitamin dan mineral ni dalam AFA ni juga ada 4 jenis enzim iaitu Phenylethylamine (PEA), Phycocyanin, Polisakarida dan L-Selectine Ligan serta
Cryptophycin... Ape jadah semua ni?? Ha meh nak bg terang lagi.. jangan malas nak baca na 😁😁

☆ Phenylethylamine (PEA)
Dikenali sebagai enzim cinta. Ia membekalkan PEA iaitu sejenis kompaun organik yg membantu meningkatkan fungsi otak, menghilangkan stress, membantu individu yg alami masalah sakit mental, kemurungan, nyanyuk, ADHD dan autisma.

☆ Molybdenum
Membantu dalam membantutkan peningkatan umur.. dalam kes ni bukan kita tak tua langsung tau 😂😂 tapi ia membantu dalam melambatkan proses penuaan iaitu anti oksidan hehe

☆ Magnesium
Membantu dalam mengurangkan sakit kepala terutama migrain dan perubahan mood

☆ Mangan
Membantu dalam melancarkan pergerakan sendi

☆ Nikel
Membantu dalam meningkatkan pertumbuhan sel dalam badan
☆ Silikon
Membantu menganjalkan kulit

☆ Vanadium
Membantu dalam mengawal paras gula dalam darah

☆ Zink
Membantu menyihatkan prostat, menguatkan sistem imun, mengurangkan masalah jerawat, meningkatkan memori dan mengurangkan gejala flu biasa



☆ Arginine
Membina otot, menyokong sistem imun, menyahtoksin hati, merangsang sel darah putih untuk melawan jangkitan dan menghalang pertumbuhan tumor serta meningkatkan pengeluaran sperma

☆ Histidine
Meningkatkan penyerapan nutrien

☆ Osoleucine
Membina otot dan membantu memperbaiki hati

☆ Phycocyanin
° Menjaga fungsi hati dan tahap lemak tepu dalam tubub manusia
° Merangsang dan menguatkan sistem imunisasi
° Sebagai anti oksida dan mengurangkan tindakan radikal bebas dalam badan

☆ Oligosakarida
° Mencegah pertumbuhan bakteria patogen dan meringankan beban bahan toksik dalam hati
° berfungsi menurunkan pembentukan metabolik toksik dan enzim yg merugikan
° menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan tekanan darah serta mempunyai kesan anti kanser

☆ Serine
Meningkatkan kecantikan kulit

☆ Tyrosine
Meningkatkan kesihatan emosi, kecerdasan mental dan memori

☆ Asid glutamik
Mengurangkan tahap alkohol dan keinginan terhadap gula

☆ Bioflovinoids
Menggalakkan sistem imun dan membuang toksin dari sel-sel kulit

☆ Superoxide Dismutase (SOD)
Mencegah pengerasan membran sel yang dapat membantu melambatkan proses penuaan kulit

☆ Klorofil
Membantu membekalkan oksigen ke darah dan membantu dalam pengawalaturan usus

☆ Asid Lemak Omega -3
Meningkatkan sel fleksibiliti membran dan mengurangkan penyakit kardiovaskular

☆ Asid Gamma Linolenik (GLA) Omega -6
° Membantu merendahkan plak
° Melegakan simptom athritis dan mengurangkan penyakit kardiovaskular

☆ Cryotophycin
Bertindak sebagai agen anti kanser yang bertindak untuk membunuh sel sel kanser dalam badan manusia.

 ☆ Polysakarida
° Membantu menghasilkan Sel NK (NATURAL KILLER CELL) sebagai benteng pertama melawan sel kanser dan virus dalam tubuh
° Membantu pergerakan dan penyerapan sel stem secara optima
° Menurunkan paras kolestrol dan membantu penyerapan nutrisi serta mengawal gula dalam darah

☆ L-Selectin Ligand
Membantu proses pembebasan sel stem dari tulang sumsum secara semulajadi

Ha ko banyakkan vitamin, mineral dan enzim yang boleh kita dapat dlm sepeket cellmax? So ape tunggu lagi PM/SMS/WHATSAP/TELEGRAM 0192862409 la untuk merasai lagi keajaiban cellmax ni.. takyah pikir panjang comfirm best punya heehe


Wednesday 30 December 2015

Latar belakang Tasik Upper Klamath

Tasik Upper Klamath (juga dikenali dengan sebagai Tasik Klamath) adalah kawasan air tawar yang besar dan cetek yang terletak di timur Banjaran Cascade di selatan Oregon di Amerika Syarikat. Ia adalah kawasan air tawar terbesar di Oregon, dengan anggaran kira-kira 20 batu (32 km) panjang dan 8 batu (12.9 km) lebar dan memanjang ke barat laut dari bandar Klamath Falls.


Ia terletak di ketinggian 4140 kaki (1262 m). Kedalaman tasik turun naik disebabkan ketidak tetapan bekalan airnya, bermula dari 8 kaki (2.5 m) sehinggalah 60 kaki (18 m) dalam pada tahap yang sederhana. Tahap kedalaman tasik ini ditetapkan sekitar 1261-1264 m di atas paras laut. Tasik ini mendapat bekalan airnya daripada beberapa sumber, termasuk Sungai Williamson dan disaliri oleh Sungai Link, yang datang dari bahagian penghujung selatan tasik ini. Ia dihubungkan oleh saluran pendek menuju ke Tasik Agency menuju arah utara.

Tasik Upper Klamath ini terletak di bahagian padang pasir yang tinggi di selatan negeri Oregon. Tasik ini dilindungi dari barat laut oleh Pergunungan Cascade dengan padang rumput gersang di timur dan selatan. Tasik ini dilengkapi oleh 17 jenis sungai-sungai yang kaya mineral yang mendepositkan purata 50,000 tan lumpur yang kaya dengan mineral dari sekitar 4,000 batu persegi (10,000 km2) lembangan gunung berapi, membuatkan Upper Klamath Lake salah satu perangkap nutrien terkaya di dunia.

Air tasik dan sedimen yang mempunyai mineral dan kepekatan unsur surih yang tinggi adalah berpunca daripada peristiwa letupan gunung berapi prasejarah (lebih daripada 7700 tahun yang lalu). Letupan tersebut menyebabkan berjuta-juta tan abu mineral melitupi kawasan dari arah utara sehingga ke sempadan Kanada.


Kawasan warisan gunung berapi ini dikaitkan dengan Lingkaran Api Pasifik, suatu rantau geologi aktif yang mengalami peristiwa gunung berapi besar-besaran, tektonik, dan glasier. Pada abad ke-20, proses pembesaran nutrien oleh laluan pengairan daripada pertanian di sekitar lembah telah menyebabkan tasik tersebut menjadi hypereutrophic, mengakibatkan alga menjadi warna biru-hijau melitupi tasik (sebahagian besarnya Aphanizomenon Flos Aquae) itu.

Menjelang usia matang, ia menggunakan sumber nitrogen yang ada, mencapai tahap paling matang dan memusnahkan pesaing yang lain, jadi jumlah microphyte air adalah hampir 100% Aphanizomenon Flos Aquae. Tasik ini menerima purata 300 hari cahaya matahari setahun, yang menyediakan persekitaran yang sempurna untuk cyanobacterium ini membesar dan berkembang.

Kawasan air yang tinggi nutrien, di tambah dengan keadaan air tasik yang beralkali telah menyediakan lebih daripada 60 kali nutrien yang diperlukan oleh alga untuk berkembang dan matang dan ini menjadikan Tasik Upper Klamath tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhan alga liar, iaitu Aphanizomenon Flos Aquae organik.
Sumber; maxxima resources

APHANIZOMENON FLOS AQUAE (AFA)

Aphanizomenon flos-aquae (AFA) adalah salah satu daripada spesies cyanobakteria (alga biru-hijau) yang diproses secara komersial untuk dijadikan sebagai diet tambahan. Ia tumbuh secara semulajadi di Hulu Tasik Klamath di Oregon Selatan, yang menjadikannya sebagai makanan tambahan yang unik.


Mikro-alga unisel ini pertama kali ditemui lebih 15 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan tanah lembap yang kaya dengan kepelbagaian hidupan dan terletak di bahagian Amerika Utara. AFA mencapai usia matang pada sekitar musim panas, lalu ianya diambil dan kemudian diproses dengan kadar segera untuk mengekalkan profil pemakanan dan aktiviti enzim di dalamnya.


Tasik Upper Klamath mempunyai kedalaman purata kira-kira 8' namun sumber makanan alga di tasik tersebut adalah mendapan yang kaya dengan mineral yang dipercayai berada sekurang-kurangnya 35' dalam. Mendapan tersebut terhasil kesan daripada letupan gunung berapi lebih 10 000 tahun yang lalu. Dianggarkan bahawa dengan hanya satu inci daripada mendapan yang kaya dengan mineral ini, mampu menghasilkan AFA yang cukup untuk keperluan setiap orang di planet ini sebanyak satu gram sehari untuk enam puluh tahun yang akan datang.

Lebih 98% daripada AFA ini adalah nutrien bio-tersedia, yang bermaksud nutrien ini boleh digunakan secara langsung oleh tubuh manusia dalam bentuk asli nutrien tersebut terbentuk.
Sebagai contoh, protein hanya mampu diserap dalam badan dan otot kita dalam bentuknya yang paling mudah iaitu asid amino, dan AFA mengandungi kesemua lapan asid amino penting, dalam profil yang betul untuk penyerapan optimum.

Aphanizomenon flos-aquae (AFA) mengandungi sehingga 68% lebih protein dalam setiap jumlah beratnya berbanding makanan lengkap yang lain.

Hasil penyelidikan di Hospital Besar Massachusetts dan Sekolah Perubatan Harvard terhadap haiwan mendapati bahawa AFA menaikkan tahap asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA) di dalam darah. Seperti yang diketahui, EPA dan DHA sangat terkenal dengan fungsinya membantu mengoptimumkan sistem organ, termasuk sistem saraf. Para penyelidik mendapati bahawa AFA merupakan sumber yang lebih baik berbanding minyak kacang soya, iaitu sumber yang tinggi dengan PUFA (poly-unsaturated fatty acid), untuk meningkatkan tahap omega-3 asid lemak di dalam darah.


Hampir 50% daripada kandungan lipid AFA ialah asid lemak alfa-linolenik asid (Omega-3), yang diperlukan oleh tubuh manusia. Omega-3 adalah asid lemak menyokong sistem imunisasi dan membina lapisan lemak putih myelin yang berfungsi sebagai sarung pada gentian saraf penghubung di dalam otak.

Orang yang mengambil AFA secara berjadual dilaporkan mengalami peningkatan dalam kesedaran mental dan stamina, memperbaiki daya ingatan jangka pendek dan panjang, menambah daya kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah dan menjadikan hidup yang lebih sejahtera.

Aphanizomenon flos-aquae (AFA) juga mempunyai spektrum mineral semulajadi, klorofil, antioksidan dan pelbagai jenis vitamin. Satu gram daripada ekstrak AFA menyediakan 48% daripada keperluan harian vitamin B1 (beta-karotena) yang disyorkan, 133% daripada Vitamin B12 dan sejumlah besar semua jenis vitamin B kompleks.

Dinding sel Aphanizomenon flos-aquae yang kaya dengan protein adalah sumber terbaik glikogen, di mana ianya diperlukan oleh hati untuk penyimpanan tenaga, yang menjadikan salah satu sebab pengguna merasai peningkatan tenaga selepas menambah AFA dalam diet harian mereka. AFA juga diketahui mengandungi molekul unik yang memodulasi pelbagai aspek kesihatan manusia. 

Phenylethylamine (PEA), yang dikenali sebagai "molekul cinta", mampu meningkatkan daya tumpuan dan perhatian. PEA juga merupakan penentu mood semula jadi dan anti-depresan.
Molekul khas yang menyebabkan warna biru dalam AFA dikenali sebagai phycocyanin. Bergantung kepada sumber alga, jumlah berat phycocyanin boleh mencapai sehingga 15% daripada jumlah berat kering alga tersebut. Phycocyanin mempunyai antioksidan dan anti-radang. Satu kajian telah dilakukan untuk mengkaji keupayaan dan keistimewaan ekstrak semula jadi AFA yang diperkaya dengan phycocyanin untuk melindungi eritrosit manusia biasa dan sampel plasma darah terhadap kerosakan oksidatif dalam vitro.

Dalam sel-sel darah merah, hemolisis oksidatif dan peroksidaan lipid oleh penjana radikal peroxyl akueus [2, 2'-Azobis (2-amidinopropane) dihydrochloride, AAPH] telah mampu dikurangkan dengan ketara oleh ekstrak AFA dalam satu tempoh masa, bergantung pada masa dan dos yang ditetapkan, dan pada masa yang sama juga mampu menangguhkan kadar kekurangan glutation cytosolic. Di dalam sampel plasma, ekstrak semula jadi ini menghalang tahap pengoksidaan lipid yang disebabkan oleh pro-oksidan ejen kuprik klorida (CuCl2); iaitu peningkatan rintangan plasma yang seiring dengan pengoksidaan dapat diperhatikan oleh pembentukan diene yang berkaitan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah terdapat peningkatan kesedaran tentang kepentingan metabolit mikroalga. Satu ekstrak berasaskan air AFA yang mengandungi kepekatan phycocyanin yang tinggi berjaya telah menghalang pertumbuhan dalam vitro satu daripada empat baris sel tumor, menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya beberapa jenis sel tumor boleh menjadi sensitif dan dimusnahkan oleh phycocyanin. Sebagai tambahan, phycocyanin ini juga merangsang pemindahan sel imun dalam badan terutama sel stem dan ia adalah satu- satunya sebatian semulajadi yang mampu untuk berbuat demikian.

Satu pasukan di Hospital Royal Victoria, Montreal, Kanada, telah melakukan demostrasi bahawa pengambilan AFA memberi perubahan segera dalam kadar sel imun. Kesannya adalah sementara dan bergantung pada jenis sel-jenis tertentu. Data juga menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang tidak akan menyebabkan sistem imun menjadi hiper-stimulasi.

Menurut penyelidik, AFA menjadikan sel-sel pembunuh semulajadi ini mampu ‘melakukan rondaan’ lebih baik di seluruh badan. Kesan ini dapat dilihat apabila alga diambil pada dos oral yang rendah (1.5 gram), bersamaan dengan jumlah suplemen makanan yang juga rendah. Penyelidikan yang lain menerangkan tentang identiti penyediaan tiga jenis molekul tinggi kandungan polisakarida yang diambil dan diasingkan daripada AFA adalah activator yang berkesan dalam monosit manusia / makrofaj, termasuk "Immunon" dari Aphanizomenon flos-aquae.

Aktiviti Immunostimulatory ini diukur menggunakan faktor transkripsi yang berasaskan bioesei. Setiap polisakarida yang dikaji dalam penyelidikan ini, termasuk AFA, menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap tahap mRNA interleukin dan nekrosis tumor faktor-a (TNF-a). Polisakarida ini adalah antara 100- 1000 kali lebih aktif untuk vitro pengaktifan monosit berbanding persediaan polisakarida yang sedang kini digunakan secara klinikal untuk kanser imunoterapi.

Penyelidikan juga memberi ciri-ciri kesan persediaan larut air dari sumber yang diketahui berfungsi memodulasi sistem imun. Satu kajian lain menunjukkan bahawa sifat macrophage-activating daripada persediaan larut air AFA menjadi pengantara melalui laluan yang sama dengan LPS-dependent activation. Tetapi penemuan yang paling luar biasa adalah keupayaan Aphanizomenon flos-aquae (AFA) untuk merangsang dan menyokong pembebasan semula jadi dan penghijrahan sel stem dewasa dari sum-sum tulang manusia, menjadikannya sebatian semula jadi yang pertama dikenali untuk merangsang fenomena paling semula jadi penyembuhan dan pertumbuhan semula dalam tubuh manusia.
Sumber: laman web maxxima resources

CELLMAX - apa tu??

Assalam semua... hari ni nak kenalkan uuuollllsss dengan cellmax secara lebih mendalam agar korang semua boleh tahu kebaikan dan kekuatan produk cellmax yg dihasilkan oleh Dr. Reza Ibrahim dan rakan2nya...


Cellmax adalah makanan kesihatan berasaskan alga biru hijau yg dikenali sebagai Aphanizomenon Flos Aquae atau lebih dikenali sebagai AFA yg diperolehi daripada tasik Klamath, Oregon, USA.

Cellmax kaya dengan pelbagai nutrisi lengkap seperti polisakarida, phycocyanin, klorofil, L-selectin ligand, vitamin, mineral beta karotena, asid amino dan phenylethylamine (PEA).

Kajian menunjukkan pengambilan Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) sebanyak 1-3 gram sehari mampu menyokong pembebasan 'ibu sel' dan sel-sel baru daripada tulang sumsum yg diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi..


Kajian yg dilakukan selama 65 tahun ini telah membuktikan bahawa AFA menyokong sistem penyembuhan badan dengan membantu menjana semula dan pembaikan sel sel, organ dan tisu yg rosak secara semulajadi..

Satu kejadian yg dijalankan di Massachusetts General Hospital dan Sekolah Perubatan Harvard mendapati bahawa AFA mikroalga meningkatkan tahap darah asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).. EPA dan DHA yg dikenali untuk menyumbang kepada fungsi optimum sistem saraf organ yg banyak termasuk sistem saraf..

Para penyelidik mendapati bahawa AFA adalah lebih berkesan daripada minyak kacang soya, sumber yg baik PUFA untuk meningkatkan tahap asid lemak Omega-3. Sekumpulan saintis di Hospital Royal Victoria, Montreal, Kanada menunjukkan bahawa pengambilan keputusan AFA dalam perubahan segera dalam penghasilan Natural Killer (NK) = penbunuh sel kanser secara semulajadi.

Cellmax mampu membantu mengatasi masalah penyakit degeneratif yang berpunca daripada kerosakan sel, organ dan tisu.. antara penyakit degeneratif yang dikenal pasti dapat diatasi dengan cellmax adalah seperti;

a) Kencing manis (Diabetes)
b) angin ahmar (stroke)
c) migrain
d) Resdung (sinus)
e) penyakit jantung
f) gout
g) darah tinggi
h) parkinson
i) psoriasis
j) eczema
k) katarak
l) kanser
m) autism
n) kebotakan
o) kemurungan
p) sakit otot
q) bell palsy
r) sakit tulang belakang (slip disc)
s) ketumbuhan (tumor)
t) alzheimer

Ha banyakkan penyakit degeneratif ni.. so cuba bayangkan penghasilan sel sel baru dalam badan kita telah matang dan berhenti dari penghasilan sel sel baru sejak berumur 21 atau 22 tahun so selepas umur tu kita amik supplement pon hanya untuk memanjangkan hayat sel sel dalam badan kita TAPI dengan pengambilan CELLMAX ia mampu merangsang tulang sum sum untuk menghasilkan sel sel baru di dalam tubuh badan agar badan kita dapat memaik pulih sel2 yg rosak serta menggantikan kira-kira 220 jenis sel yg mati dan seterusnya menyembuhkan penyakit yang dialami secara semulajadi..

Ha best ke besh?? Untuk pengetahuan korang juga cellmax ni merupakan produk pertama dan satu satunya produk kesihatan yang dipatenkan di dalam dunia tau hehe hebatkan orang kita Dr. Reza Ibrahim tu.. so ape tunggu lagi jom2 kita consume cellmax...

PM/SMS/WHATSAP/TELEGRAM 0192862409 Untuk more info..

PENGEDAR DAN STOKIS JUGA SEDANG DICARI.. JOM TAMBAH INCOME DISAMPING MEMBANTU ORANG LAIN UTK LEBIH SIHAT SECARA SEMULAJADI...

Tuesday 29 December 2015

Testimoni cellmax

Assalam.. da makan ke semua?? Jgn makan lewat2 ye x baik utk penghadaman makanan dalam perut kita.. petang2 ni nak share ngan korang testimoni penggunaan cellmax bagi pesakit diabetes aka kencing manis tahap serius yg bakal menyebabkan pesakit tu kena potong bahagian yg teruk dijangkiti kuman..


Alhamdulillah saya berkenalan dengan cellmax ni dpt la share ngan pembaca sekalian kebaikan cellmax ni..


Pesakit diabetes mengalami bacaan gula dalam badan yg tinggi sampai menyebabkan pesakit terpaksa mengambil insulin untuk mengawal kadar gula dalam badan dan sentiasa bergantung dengan ubat. Pesakit kencing manis atau diabetes ni xleh terluka sebab kalo luka, luka tu akan susah nak baik dan kering dan kadang sampai satu tahap luka tu boleh merebak dan bernanah yg seterusnya akan menyebabkan bahagian yg rosak tu terpaksa dipotong oleh pihak hospital..


Alhamdulillah penemuan  Dr. Reza Ibrahim dengan alga biru hijau atau lebih dikenali sebagai AFA yang merupakan kandungan utama dalam cellmax membantu untuk merangsang tulang sumsum kita menghasilkan sel sel baru untuk tubuh badan kita sembuh secara semulajadi. So dalam hal ini bila kita amik cellmax sekurang-kurangnya 1 peket sehari kita dapat membantu tulang sumsum menghasilkan 3-4 juta sel baru untuk tubuh badan kita.. so bila sel- sel baru ni terhasil, maka kandungan gula dalam badan pon dapat dikawal dan seterusnya membantu memulihkan dan menyihatkan badan kita seperti sediakala.. 

xnak ckp banyak korang tgk sendiri la testimoni pengguna cellmax yang dapat menyembuhkan dan mengatasi penyakit kencing manis yang dihidapi oleh mereka..

Nak try cellmax?? Blh direct sms/whatsap/telegram 0192862409 atau pm ke facebook bernama preciousmom murnie ye..

Akhir kata jaga kesihatan kita utk keluarga dan masa depan

Cellmax penyembuhan semulajadi

Assalam semua...
Haaaaa bersarang beno blog ni lame betoi x berblog kan haishhhh... seblom kita stat post ni nak tnye dulu le kabo kengkawan kita semua hehe.. pekabo korang semua??? Ada sihat ka tara sihat?? Hope semua sihat2 belaka..

Ok ni nak stat bercerita ni hope korang x jemu ye  baru2 ni ade jumpa satu produk kesihatan supplement buatan anak tempatan kita yg bernama CELLMAX.... cellmax ni under company maxxima resources (m) yg terletak di kota damansara.. Cellmax ni telah dihasilkan pada tahun 2013 dan bermula dengan aktif dan semakin dikenali sejak tahun 2014 so da 2 tahun da dlm dunia kesihata  malaysia ni....


Pengasas cellmax adalah Dr. Reza Ibrahim.. beliaulah yg bertanggungjawab mengenalkan cellmax di mata masyarakat malaysia khususnya dan kini semakin dikenali di pasaran Asia seperti Singapore, Brunei dan Indonesia.. beliau telah membuat sistem MLM agar dapat membantu pengedar dan stokis mendapat side income yg lumayan..

Cellmax ni mengandungi alga biru hijau yang dikenali sebagai Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) yang terdapat di tasik KLAMATH, Oregon,USA.. produk ini kaya dengan pelbagai nutrisi lengkap seperti polisakarida, phycocyanin, klorofil, l-selectin ligand, vitamin, mineral beta karotena, asid amino dan phenylethylamine (PEA)..


Kajian menunjukkan pengambilan AFA sebanyak 1-3 gram sehari mampu menyokong pembebasan ibu sel dan sel2 baru daripada tulang sumsum yg diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semulajadi..

Kajian klinikal membuktikan AFA menyokong sistem penyembuhan badan dengan membantu menjana semula dan pembaikan sel2, organ dan tisu yg rosak secara semulajadi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...