Sunday 20 March 2016

JENIS JENIS APPLE/EPAL


As salam semua.. ha tengok tajuk macam ntah ape-ape je kan hehe tapi TAHUKAH ANDA?? setiap jenis dan warna epal/apple tu sangat berbeza dari segi rupa dan rasanya.. rupanya.. dalam dunia ni ada 10 jenis buah apple/epal tau hehe. ok jom kita tengok jenis-jenis apple dan ape khasiat setiap apple tu..

1. Golden Delicious
merupakan epal yang serbaguna. Lazimnya dipilih untuk masakan. Isi putih pejal dan berkulit lembut sehingga korang tidak perlu mengupasnya. Bentuk dan rasa lembut kekal apabila dibakar atau dimasak.


2. Red Delicious
Merupakan kegemaran rakyat Amerika dan memiliki kulit berwarna Ruby gelap dan berbentuk hati klasik. Rasa manis sederhana serta kerangupan tersendiri menjadikan ia snek bertaraf 5 bintang.


3. Braeburn
Berubah daripada warna kehijauan emas hingga ke merah. Ia rangup dan aromanya menggabungkan rasa masam, dan manis. Sangat sesuai dijadikan sebagai snek dan salad.


4. Granny Smith
Berwarna hijau terang adakalanya sedikit merah muda. Ia terasa masam, rangup dan sangat sesuai jika dibakar.


5. Cripps Pink
Rasanya masam manis dan isi pejal yang rangup. sesuai dimasak atau dimakan begitu sahaja


6. Gala
Berbentuk hati dengan warna kulit kuning jingga. rasa manis dan rangup sangat


7. Fuji
Rangup dan berjus mungkin berwarna kuning kehijauan dengan ton merah. Rasa berempah serta manis menjadikan ia sesuai untuk salad


8. Jonagold
Warna asasnya adalah kuning hijau dengan jalur merah muda. Sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan


9. Cameo
Sejenis epal manis dengan tekstur pejal. Bercirikan jalur merah gelap di atas latar belakang berwarna krim. sesuai dengan snek


10. Honeycrisp
Memiliki kulit luar berwarna merah terang dan hijau pucat. amat sesuai untuk salad



Saturday 19 March 2016

SARAPAN: PENTING ATAU TAK

As salam.. ha pagi-pagi nan indah di hari sabtu nak hakak nak share pasal sarapan.. nak tanya ngan korang biasanya kalo korang diet atau tak pon sarapan korang makan tak?? ade setengah orang tak sarapan dan ade setengah orang tak leh tinggal sarapan.. Sebenarnyakan sarapan pagi ni SANGAT PENTING hokey.. kalo korang tak sarapan ranap la diet korang hehe sebab diet ni sebenarnya takleh tinggal sarapan pagi dan waktu-waktu makan yang lain CUMA portion makanan dan jenis makanan yang diambil perlulah dikira kalorinya dan jenis makanan tu kena la ikut kaedah diet yang sebenar..


TAHUKAH KORANG??? kajian terbaru mendapati, jarang sarapan boleh meningkatkan risiko strok kerana tabiat tersebut mendorong kepada penyakit tekanan darah tinggi. kenyataan berdasarkan kajian ke atas 82,772 lelaki dan wanita Jepun berusia 45-74 tahun yang tidak memiliki riwayat sakit jantung mahupun kanser sejak 1995 hingga 2010.



Malah kajian juga mendapati, strok akibat pendarahan otak juga lebih sering terjadi pada waktu pagi hari, Oleh itu, jom kita mulakan hari dengan sarapan semoga melalui sarapan ni kita akan sentiasa sihat, boleh kuruskan badan, boleh macam-macam lagi setiap hari..


ni nak habaq mai juga 5 PUNCA korang kurang bertenaga setiap hari:

  1. Sarapan tanpa karbohidrat sihat (bijirin penuh)
  2. Membiarkan ruang kerja atau rumah bersepah
  3. Tak makan sayur
  4. Duduk menghadap komputer seharian
  5. Mengambil minuman tenaga (yang membuatkan tubuh menjadi letih)

Friday 18 March 2016

ANCAMAN DEMAM DENGGI


As salam dan selamat pagi semua. ape khabar hari ni?? mudah mudahan semua sihat-sihat belaka ye :) sekarang ni musim panas please sentiasa minum air dan jangan buat aktiviti kat luar terlalu lama ye sebab nanti boleh kena strok haba.. musim sekarang ni tak menentu macam kat Kolumpo ni pagi sampai ke pukul 5 camtu panas berdentung pastu bila petang mula la hujan.. Alhamdulillah Allah sejukkan bumi Malaysia.. TAPI bila cuaca jadi x menentu ramai la yang dapat penyakit kan so please ye kengkawan ambil la ape-ape jenis supplement dan air secukupnya untuk boostkan imun badan kita.. tapi kalo nak kena tu kena juga tak dpt nak elak hehe.. Al maklumlah penyakit tu kan kifarah dosa-dosa kecik hehehe


oleh ari ni nak share pasal demam denggi.. ape itu demam denggi dan ape ancaman demam denggi ni pada kita... Seperti yang korang semua tau demam denggi ni merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes. bila seseorang tu kena gigit nyamuk n kalo kebetulan nyamuk tu pembawa virus denggi ni ha siapla kita mula kena demam.. pastu bila da demam dia selalunya akan tangkap sendi-sendi so badan kita rasa letih semacam je.. selalunya demam denggi ni dapat detect lepas 3 atau 4 hari kita demam. cara cmne nak tau kita demam denggi kita kenala pergi ke klinik atau hospital untuk buat ujian darah bagi kesan demam denggi ni.. TAPI sebelum dapat kesan ni ada dah tanda-tanda yang kita kena demam denggi antaranya seperti:

  1. Kerap muntah
  2. Sakit perut
  3. Pening atau berasa gelisah
  4. Pucat atau berasa sejuk bila kulit disentuh
  5. Sesak nafas
  6. Pendarahan
    • Bintik atau tompok merah pada kulit
    • Pendarahan pada hidung atau gusi
    • Muntah darah
    • Najis warna hitam
    • Haid yang banyak atau pendarahan pada faraj
setakat ni TIADA ubat khusus yang boleh merawat demam denggi ni.. so bila kali pertama da kena dan baik pesakit tu berisiko tinggi untuk menghidapi demam denggi buat kali ke dua dan seterusnya sebab virus denggi ni ada sampai 4 stage.. ha macam kena kanser lak kan huuu.. kalo kena kali ke dua, tiga dan empat mungkin pesakit akan semakin teruk dan mungkin boleh membawa kematian. So untuk atasi masalah demam denggi ni kita kena sentiasa pastikan rumah kita bukan lah kawasan pembiakan nyamuk aedes ye kengkawan. Hanya tu je cara untuk kita atasi masalah demam denggi ni di dalam kawasan rumah dan persekitaran kita.. 


Sekiranya anda atau ahli keluarga menghidapi demam denggi, anda perlulah berehat secukupnya, banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah buahan, minuman isotonik dan air barli dan air kosong untuk membantu naikkan platelet darah kita.. nak lagi cepat naik makan buah delima, kiwi gold, sup ketam dan air rebusan daun betik. selain itu, pesakit juga perlu makan ubat demam seperti paracetamol ikut nasihat doktor dan sentiasa lapkan badan dengan tuala atau sponge basah untuk menurunkan suhu badan.


anda juga perlu menyembur racun serangga (aerosol) atau gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk. selain itu, luangkan masa anda untuk mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan luar rumah. Anda juga perlu memberikan kerjasama kepada anggota kesihatan semasa aktiviti semburan (fogging/ULV) dengan buka semua tigkap dan pimtu serta berada diluar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.

JANGAN sekali kali ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, metanamic asid (ponstan) atau steroid. anda juga tidak perlu ambil antibiotik. 

so lastly jangan ambil mudah kesihatan anda dan keluarga bila da demam tu da 4 hari pon still tak baik baik walaupon da gi klinik dan makan ubat ape lagi korang pergi la klinik atau hospital terdekat untuk buat ujian darah.. ok sampai sini je nanti kita sambung lagi ye :)


Wednesday 16 March 2016

VIRUS ZIKA: ANCAMAN MASA KINI

As salam semua.. korang mesti da tau pasal virus zika ni kan.. tapi korang tau tak secara terperinci pasal virus ni selain daripada pembawa virus ni merupakan nyamuk aedes??? kalo nak tau lebih lanjut jom baca pasal virus zika tu kat sini.. happy reading ye kawan-kawan..


ZIKA merupakan virus baru yang menakutkan muncul dalam dunia moden ini. kehadirannya yang mencetuskan kegemparan dan panik dalam kalangan para pengamal media dan memerlukan tindakan tegas pihak pemerintah. ramai yang tertanya-tanya dari mana dan bagaimana zika tiba-tiba menjadi subjek perbincangan utama bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Fenomena Virus Zika ni sangat-sangat serius sampaikan pada 2 Februari yang lepas WHO telah mengisytiharkan peningkatan kelahiran baby cacat di Amerika Syarikat dipercayai berpunca daripada penyebaran Virus Zika, sekali gus membentuk pasukan kecemasan kesihatan antarabangsa.


untuk makluman semua, virus zika ni pertama ditemui pada tahun 1947 kat dalam Hutan Zika, Uganda yang terletak berhampiran dengan Tasik Victoria dimana sekumpulan penyelidik dari Yayasan Rockefeller sedang membuat kajian mengenai Demam Kuning. Mangsa pertama virus ini adalah monyet di Afrika. bila da bertahun-tahun menginap kat dalam spesies monyet ni, virus zika ni boleh lak memasuki perumah yang lain iaitu manusia. ini menyebabkan bumi Afrika telah diserang virus tersebut dan kini merebak ke negara-negara Asia seperti Senegal ke Kemboja dan dimasa saja terdapat populasi Aedes.

sekitar tahun 2007, virus zika telah menjangkiti lebih 100 orang pesakit di Pulau Yap yang terletak di Lautan Pasifik tapi pesakit tak perlu ke hospital. Enam tahun lepas tu kes zika dikesan d French Polynesia dengan situasi yang lebih dramatik iaitu seramai 28,000 pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah tersebut, 72 orang mengalami simptom neurologi yang teruk, 40 mengalami sindrom Guillain-Barre. Ini merupakan signal pertama yang menunjukkan jangkitan Zika boleh menjadi sangat teruk.

April tahun lalu telah mencatatkan bahawa virus zika ni dah merebak ke Brazil. Virus Zika semakin mengancam penduduk bumi apabila pada Oktober yang lalu telah mencatatkan berlakunya peningkatan kelahiran baby Mikrosefali yang mengaitkannya dengan virus zika tapi tiada bukti yang nyata. Bila kes semakin meningkatkan, WHO dan CDC mengeluarkan amaran sebelum bermesyuarat pada 1 Februari yang lalu. Bagaimana Virus Zika boleh sampai ke Brazil ye?? ia kemungkinan dibawa oleh atlet dari French Polynesia dan Pasific Island yang datang ke Rio De Janeiro pada Ogos 2014 untuk Va'a World Sprint Championship dan mungkin juga terjadi selepas Piala Dunia 2014.

Virus Zika berjaya menarik perhatian dunia disebabkan kaitannya dengan kejadian 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'. Mikrosefali merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa dan dalam sesetengah kes boleh mengakibatkan kematian. Sejak November tahun lalu, Brazil telah menyaksikan sebanyak 4,180 kes Mikrosefali dalam kalangan baby yang dilahirkan oleh wanita hamil yang dijangkiti virus zika berbanding 146 kelahiran yang direkodkan pada tahun 2014. sehingga kini, seramai 51 kes kematian telah direkodkan di dunia.


untuk makluman korang, virus zika ni tersebar melalui gigitan nyamuk aedes. Mereka yang mempunyai virus zika ni akan mengalami simptom secara sederhana termasuk demam, sakit kepala, ruam dan kemungkinan merah mata. malah 80% yang dijangkiti tidak mengetahui mereka diserang virus zika. ini sangat merisaukan kerana situasi ini di luar kebiasaan dan sangat luar biasa.


kini virus tersebut telah dikesan di Barbados, Bolivia, Brazil, Cape Verde, Colombia, Republic Dominika, Ecuardo, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, Samoa, Virgin Island, Amerika Syarikat dan Venezuela. so pada sesapa yang nak ke negara-negara tersebut sila berhati-hati ye. kalo dapat spray 1 badan dengan ubat nyamuk tu buat la hehehe

sehingga kini TIADA vaksin yang boleh membasmi virus zika ni sama gak macam denggi TAPI Alhamdulillah dalam negara kita ada satu produk yang boleh membantu kita meningkatkan imunisasi badan kita dari diserang virus zika dan denggi. Produk tu adalah CELLMAXX hehe.. Alhamdulillah dalam kesusahan ada kesenangan dan cellmaxx diperakui mampu untuk menghalang dan membunuh sel virus yang ada dalam badan pesakit yang dijangkiti.. macam mana cellmaxx mampu halang virus zika dan denggi? ini adalah kerana dalam cellmaxx ada Germanium yang membantu melawan virus yang ada dalam badan kita.


so kalo ade terkena virus zika atau denggi cepat cepat amik cellmaxx ye In Shaa Allah sekalian virus tu akan dibunuh oleh Germanium dan platelet darah cepat je naik In Shaa Allah




Tuesday 15 March 2016

TESTIMONI PESAKIT KANSER

Alhamdulillah ari ni dapat share serba sikit pasal kanser serviks harap korang semua baca la info kanser serviks ye sebab tu sangat penting buat kita-kita ni kaum wanita yang sangat berisiko untuk menghidapi kanser serviks..


ok now hakak nak share serba sedikit testimoni pesakit kanser yang semakin pulih lepas menggunakan cellmaxx.. Alhamdulillah berkat usaha untuk mengharungi ujian Allah yang diturunkan kepada mereka dan tiada istilah berputus asa akhirnya mereka bebas dari sel kanser yang menjadi pembunuh no 2 selepas penyakit jantung di negara ini. macam mana diorang boleh sembuh hanya dengan ambil cellmaxx?? ha ni nak habak mai cellmaxx mengandungi Cryptophycin sebagai agen kanser yang berfungsi untuk membunuh sel sel kanser yang ada dalam badan kita secara semulajadi. Dengan hanya 1 sachet Cellmaxx sebanyak 1.2 juta Natural KILLER Cells (NK cells) akan dihasilkan bersama-sama dengan stem sel induk dan sel sel pembunuh ini akan pergi ke seluruh tubuh badan kita melalui saluran darah dan mengesan sel-sel kanser yang aktif dan tidak aktif untuk dibunuh secara SEMULAJADI..

Ha hebat ke tak hebat ciptaan Allah ni? kan Nabi Muhammad S.A.W da bersabda, bahawa tiada penyakit yang tiada penawarnya KECUALI mati so selagi kita hidup kita WAJIB mencari penawar bagi penyakit yang kita hidapi agar bila kita da mati dan tiba saat PERHIMPUNAN di padang Mahsyar nanti takde la ALLAH nak soal kita sama ada kita ade menjaga kesihatan atau tak. dan kalo kita tak jaga kesihatan dan hanya pasrah dengan ujian yang ditimpa ha mau tak banyak kena soal nanti kan huuu.. sebagai ingatan buat hakak juga ni hehehe

sekiranya korang sendiri atau ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit kanser ni kita WAJIB ambil cellmaxx sebagai salah satu supplement yang boleh membunuh sel kanser. yang belom ade penyakit kanser pon WAJIB amik cellmaxx ni sebab nanti ia akan bunuh sel kanser kita yang belum nak aktif lagi tu.. 




hokey malas nak cakap banyak korang tengok sendiri la testimoni pesakit kanser yang da semakin sembuh dengan cellmaxx ni.. happy reading kengkawan  








ha da tengok sekalian testimoni? tunggu pe lagi cepat-cepat save nombor ni dan call/whatsap/telegram/sms ke 0192862409 dan like fb page preciousmom untuk dapatkan cellmaxx anda :) ok chow have a nice day kawan-kawan

UJIAN PAP SMEAR

As salam.. semoga semua dalam keadaan sihat dan sentiasa diperluaskan rezeki setiap hari seluas lautan dimuka bumi In Shaa Allah.. ok pagi ni nak share pasal PAP SMEAR... ingat ye kawan-kawan setiap mereka yang pernah melakukan hubungan seks perlu menjalani ujian pap smear ni untuk memastikan kita bebas dari sel kanser serviks..


macam mana pap smear ni dilakukan ye? biasanya doktor atau jururawat akan mengambil sampel sel serviks dengan menggunakan berus kecil atau spatula. prosedur ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan yang kurang selesa sebab terpaksa mengangkang depan doktor terutama bila doktor yg nak buat ujian tu lelaki huuuuu... sabo je la.. tapi tahan kejap ye sbb proses dia sekejap sangat..

ujian pap smear ni sebaiknya dilakukan selepas 5 hingga 10 hari habis period. ELAKKAN jalani ujian pap smear masa tengah datang period ye hehe sebab nanti boleh jejaskan keputusan ujian pap smear :)


untuk mendapatkan keputusan ujian  yang tepat jangan buat perkara-perkara berikut dalam masa 1 hingga 2 hari sebelum menjalani pemeriksaan pap smear iaitu:
  • Membilas vagina dengan larutan cecair (douche)
  • Menggunakan tampon
  • Melakukan hubungan seks
  • Memasukkan sesuatu ke dalam vagina seperti krim, ubat dan sebagainya
setelah mendapat keputusan dan keputusan tersebut tidak normal, JANGAN PANIK ye sebab tu belum mengesahkan lagi anda menghidapi kanser serviks, Doktor akan melakukan beberapa ujian tambahan sebelum tindakan selanjutnya dan mengesahkan bahawa anda menghidapi kanser serviks.

Ok sila ke klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang berdekatan dengan anda untuk menjalani ujian pap smear secara PERCUMA. tapi kalo tak nak FREE dan nak g bazir duit bayo ujian pap smear tu korang boleh pergi ke mana-mana klinik dan hospital swasta ye hehehe

KANSER SERVIKS : LINDUNGI DIRI ANDA HARI INI

As Salam uuuooolllssss pekabo?? harap semua sihat sihat belaka ye... ok hari ni hakak nak share sedikit info mengenai KANSER SERVIKS atau lebih dikenali sebagai KANSER RAHIM.. kanser servik/rahim ni merupakan risiko ke 3 terhadap wanita-wanita di seluruh dunia selepas KANSER PAYUDARA.. bermula tahun 2012, lebih kurang 2,145 wanita di Malaysia telah didiagnos menghidapi kanser serviks dan angka ini meningkat pada setiap tahun.


Bagi pesakit kanser serviks, melawan penyakit tersebut boleh menjadi suatu perjuangan antara hidup dan mati yang sungguh menyakitkan dan rawatannya melibatkan kos yang tinggi. bagi ahli keluarga yang hanya mampu melihat penderitaan mereka, pengalaman sedemikian sememangnya sangat sukar dilalui.


mujurlah risiko mendapat kanser serviks boleh dikurangkan melalui ujian PAP SMEAR yang telah ditetapkan. setiap wanita di negara ini di nasihatkan untuk melakukan ujian berkenaan sekurang-kurangnya setahun sekali sabagai salah satu cara untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal. anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai vaksinasi HPV.


7 Langkah Penting Mengenai Kanser Serviks :

  1. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks
  2. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human papillomavirus (HPV)
  3. 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-18
  4. Jangkitan HPV sangat lazim berlaku. Ia menjangkiti 1 dalam setiap 2 orang dewasa yang aktif secara seksual
  5. Dalam kebanyakkan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya.
  6. Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah.
  7. wanita yang menghidap kanser serviks dan pra kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala. Biasanya, gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu berdekatan. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku adalah:
    • Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopous, berlaku antara kitaran haid, dan mempunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa.
    • Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj. ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus
    • Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks

Sel-sel pada dinding serviks boleh berkembang secara tidak normal dan mencapai tahap pra kanser. anda tidak dapat merasai perubahan yang berlaku ini. mujurlah ujian pap smear boleh mengesan sel sel pra kanser pada peringkat yang paling awal dan paling boleh dirawat.

ujian pap smear yang dilakukan secara tetap boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser serviks dikalangan wanita. Inilah sebabnya semua wanita yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang pernah melakukan hubungan seksual sangat disarankan untuk menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya 1 kali setiap 3 tahun.


Tidak terlalu awal untuk mencegah kanser serviks. Vaksinasi HPV adalah SANGAT PENTING dan sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan vaksinasi HPV secara percuma kepada semua remaja perempuan berusia 13 tahun di sekolah dan klinik kesihatan kerajaan yang melalui Program Imunisasi Kebangsaan. Vaksinasi HPV serta ujian pap smear yang tetap akan membantu melindungi anda daripada kanser serviks dengan lebih baik. jika anda belum mendapatkan vaksinasi, jumpalah doktor anda hari ini. Vaksinasi HPV boleh didapati dengan bayaran yang tertentu di hospital dan klinik swasta


Monday 14 March 2016

FLORA CAFE : THE BEST EVENT PLACE

Assalam pekaba korang semua pepagi ni? Sihat ke semua? Harap semua sihat dan ceria hari ni dan hari hari yang akan datang..


Hokey pagi ni nak throwback aka baling belakang sambutan annyversary kami suami isteri yang ke 5.. Alhamdulillah syukur pada Allah perkahwinan kami menjangkau ke usia 5 tahun dan seperti mn orang2 tua kata perkahwinan ni akan ada ujian pada beberapa tahun pertama berkahwin..


ujian pertama pada tahun pertama ke dua pada tahun ke 3 seterusnya tahun ke 5 dan akan datang setelah 10 tahun berkahwin.. Alhamdulillah kami berjaya mengharungi onak ranjau ujian gerbang perkahwinan sepanjang kami bersama. Dan kini telah dikurniakan cahaya mata seramai 2 orang.. syukur Ya Allah..

Hokey hari ni hakak nak share tempat best yang korang blh pergi kalo nak sambut annyversary ke birthday ke reunion ke atau ape2 lagi la yang korang nak celebrate hehe.. pada 18 Disember 2015 yang lepas iiiolllsss telah g celebrate hari anniversary dekat FLORA CAFE yang terletak di AMPWALK, Jalan Ampang, KL.. actually tempat ni mcm mengimbau kenangan kami dl masa br berkenalan ye la sebab ampwalk ni kan sebenarnya sebelah ngan skolah i dulu hehe ala Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Ampang tu hehe tu la my school hehe so dl tapak flora cafe tu Mcdonalds mmg tempat lepak la kan hehe..


Now tahun ke 5 kami kembali ke ampwalk untuk celebrate anniversary lak hehe. Flora cafe ni sgt best la die bagi ape yg korang nak and tempat die pon tenang je banyak deco deco bunga bunga and paling best kita blh dpt hiasan meja yg cantik dengan dinner dalam candle light lagi hehe. Best sgt dr x pernah merasa candle light dinner akhirnya dpt gak merasa cmne dinner dibawah sinaran cahaya lilin ekekkeke...


Dekat flora cafe ade pakej pakej yang disediakan dan ade masakan melayu dan western siap ade cake lagi so mmg sangat2 puas hati la dan PALING BEST flora cafe siap ade cameraman so kalo korang g dinner x bawa camera pon xde masalah cameraman blh amik gamba uuuoollllssss..


Dari segi service memang cepat dan manager die mell pon mmg friendly so hakak sangat suggest korang g try makan2 kat flora cafe k.. now i hidangkan gambo2 yang ado sepanjang celebration di flora cafe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...