Suatu hari seseorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu bertanya:
" Ya Rasulullah, siapakah manusia yg paling berhak utk aku jadikan sebagai sahabat baik?" lalu Baginda menjawab. "Ibumu". beliau bertanya lagi: "kemudian siapa?" jawab Baginda "Ibumu" beliau bertanya lg "Kemudian siapa?" Jawab Baginda "Ibumu" beliau bertanya lg "Kemudian siapa?" Jawab Baginda "Ayahmu". (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Berdasarkan Hadis Riwayat Imam Muslim ni, korang pernah x terfikir kenapa Allah mengangkat martabat golongan wanita yg menjadi ibu sebagai seorang yang perlu di jaga dan dikasihi sepanjang hayat seseorang anak terutamanya anak lelaki hinggakan Rasulullah SAW menyebut ibumu sebanyak 3 kali dan kali ke 4 baru la ayahmu. Ok Allah meletakkan ibu di tangga yg teratas kerana pengorbanan seorang ibu tu sendiri dan perkara ini ada dalam surah Luqman ayat 14 yg bermaksud:
"Dan Kami telah mewajibkan manusia agar berbuat baik kepada ke dua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh berhenti menyusukannya ialah dalam masa 2 tahun; (oleh itu) bersyukurlah kepadaKU dan ke dua-dua ibu bapamu; dan ingatlah kepada KU jualah tempat kembali (untuk menerima balasan)."
dalam ayat ni menurut Imam Ibnu Kathir, Allah SWT menjelaskan kesusahan dan kepayahan yg dialami oleh seorang ibu sepanjang siang dan malam sewaktu mengandungkan anaknya agar si anak sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yg ditempuhi oleh seorang ibu. dan kata Ustaz Ahmad Sonhadji dlm kitab Tafsir Al Quran, "oleh sebab itu, hendaklah kamu bersyukur kpd Allah di atas nikmat yg dikurniakan Nya kepadamu dan hendaklah kamu berterima kasih kepada ke dua-dua ibu bapamu kerana merekalah sebab kamu dilahirkan, mereka menjaga dan mendidik kamu menjadi org yg baik tanpa menghiraukan penat lelah dan kesusahan yg mereka alami."
Allah swt juga mengulangi perkara yg hampir sama maksudnya dalam surah Al- Ahqaf ayat 15 yg bermaksud: " Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada ke dua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah." Menurut Imam Ibnu Kathir, seorang ibu menanggung kesulitan sewaktu mengandung dan melahirkan anaknya. antaranya adalah seperti:
♥ Mengidam atau sangat berkeinginan utk makan sesuatu
♥ Pening, mabuk dan muntah-muntah di awal kehamilan
♥ Merasa berat menggendong anak dalam kandungan
♥ Merasa sakit yg teramat sangat sewaktu melahirkan anak
INGAT!! KAWAN-KAWAN.. itu antara ujian yg dihadapi oleh ibu dan kita yg da mnjadi ibu ni sewaktu mengandung dan melahirkan kita dan anak2 kita. namun ibu-ibu tetap bersabar dan tabah mengharungi ujian daripada Allah. Yg paling penting, mereka menjaga keselamatan kita sewaktu berada dalam kandungan dan sewaktu anak dilahirkan. oleh sebab itu, Allah swt memerintahkan agar kita semua mendoakan ibu dan ayah kita dengan membaca doa sebagaimana yg terdapat dalam surah al-Isra' yg bermaksud: "Wahai Tuhanku! Kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sewaktu aku kecil."
KEUTAMAAN BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA
♥ Amalan yg paling dicintai Allah
Abdullah Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah saw "Apakah amalan yg paling dicintai oleh Allah swt?" Jawab Baginda: "Solat pada awal waktu." beliau bertanya lagi "Selepas itu apa?" Jawab Baginda "Berbakti kepada ke dua-dua ibu bapamu". beliau bertanya lg "Selepas itu apa?" Jawab Baginda: "Berjihad di jalan Allah." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
♥ Keutamaannya Melebihi jihad di jalan Allah
diriwayatkan daripada Mu'awiyah bahawa Jahimah pernah menemui Rasulullah saw dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku ingin mengikut serta dalam peperangan maka bagaimana pandanganmu?" Rasulullah saw bertanya kembali kepadanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" jawab Jahimah: "Ya" lantas Baginda bersabda: "Tetaplah kamu bersamanya, kerana sesungguhnya syurga berada pada ke dua-dua kakinya." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
♥ Menepati perintah daripada Rasulullah
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah saw lalu bertanya. "Apakah yg engkau perintahkan kepadaku?" Maka baginda menjawab; "Berbaktilah kepada ibumu!" lalu lelaki itu bertanya lagi Baginda menjawab "Berbaktilah kepada ibumu!" Lelaki itu mengulangi soalannya buat kali ke empat lalu Baginda menjawab "Berbaktilah kepada bapamu!" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
♥ Menghampirkan diri dengan syurga
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Mas'ud bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw; "Wahai Nabi Allah! apakah amalan yg paling hampir dengan syurga?" Jawab Baginda; "Solat pada waktunya" aku bertanya lagi; "Dan apa lagi wahai Nabi Allah?" Jawab Baginda; "Berbaktilah kepada ke dua-dua ibu bapa." Aku Bertanya lagi; "Dan apa lagi wahai Nabi Allah?" Jawab Baginda; "Berjihad di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Muslim)
♥ Beroleh keredhaan daripada Allah
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw pernah bersabda; "Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan ibu bapa." (Hadis Riwayat Imam at-Tarmizi)
oleh itu kita perlu sedar bahawa pengorbanan seorang ibu sangat besar dan x mungkin kita dpt membalasnya. so kawan-kawan jom kita berbakti kepada mereka dgn sentiasa menziarahi mereka, memenuhi keperluan mereka agar kita beroleh kebaikan dan keampunan dari Allah swt dan semoga amalan-amalan tersebut dapat membantu kita agar termasuk dalam golongan yg beruntung di dunia dan akhirat sebagaimana yg di sabdakan oleh Rasulullah saw.
Selain dari menghargai dan menyayangi ibu jangan pula dilupakan pada bapa kita ye kengkawan. walaupun bapa kita disebut pada kali ke empat oleh Rasulullah tapi tau x korang bahawa bapa lah kunci pintu syuga jika kita nak menuju ke syurga. so kita perlu melayani dan membalas jasa-jasa ibu bapa kita yg bersusah payah membesarkan, memberikan keselesaan dan sebagainya supaya suatu hari nnt kita menjadi seorang insan yg berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. bagi mereka yg tiada lagi ibu bapa berbahagialah anda kerana anda tidak perlu menjadi anak derhaka :) doakan kebahagian ibu bapa kita di akhirat sana.
No comments:
Post a Comment