Tuesday, 25 March 2014
MAKANAN AJAIB BABY
assalam semua.. ari ni nak share tp sebelum tu ce teka ape makanan ajaib bagi baby? omega? susu tepung? susu pekat/manis/cair? hehe jawapannya op coz la SUSU BADAN IBU :D so ari ni nak share ngan korang info sikit pasal susu ibu ni ye.
Susu ibu merupakan satu sebatian yg tiada tandingan yg diciptakan Allah dan di anugerahkan kepada para ibu demi memenuhi nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. susu ibu mengandungi keseimbangan makanan berkhasiat pada kadar yg tepat dan bersesuaian dgn tubuh baby yg belum matang. pada masa sama, susu ibu juga kaya dengan nutrien yg membantu mempercepatkan pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf dan makanan yg dicipta oleh manusia pon x boleh menggantikan khasiat yg ade dalam susu ibu.
manfaat susu ibu ni sangat banyak untuk baby antaranya adalah seperti:
❁ Bayi yg minum susu ibu terlindung dari penyakit yg berkaitan dgn sistem pernafasan & penghadaman.
❁ Sifat antiinfeksi lain susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai utk bakteria 'bermanfaat' yg dipanggil 'flora normal' yg sekaligus menangkis serangan bakteria, virus, parasit yg berbahaya.
❁ susu ibu mengandungi beberapa unsur yg mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit yg membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
❁ susu ibu merupakan makanan yg paling mudah hadam oleh bayi melalui sistem penghadaman bayi yg sensitif.
❁ proses pencernaan dan penghadaman susu ibu hanya menggunakan tenaga yg sedikit maka lebihan tenaga yg ada pada bayi dapat disalurkan utk fungsi tubuh lain seperti pertumbuhan dan perkembangan organ.
❁ bagi bayi pra matang, susu ibu mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yg tinggi utk menampung keperluan bayi. ini terbukti bila mata bayi pra matang yg di beri minum susu ibu mempunyai mata yg lebih baik dan cemerlang dalam ujian kecerdasan dan mereka turut mempunyai kelebihan lain berbanding bayi yg diberi susu formula.
❁ susu ibu mengandungi minyak omega 3 asid alfa linoleat yg merupakan salah satu kandungan penting dalam membantu perkembangan bayi sebagai sebatian penting utk otak, retina mata bayi.
❁ hasil kajian sekumpulan saintis Universiti Bristol, kebaikan susu ibu dalam jangka panjang adalah ia memberi kesan positif terhadap tekanan darah yg dapat mengurangkan risiko serangan jantung kepada bayi kerana terdapat rantaian panjang asid lemak poli x tepu yg mencegah pengerasan arteri.
❁ bayi yg mengambil susu ibu tidak mengalami pertambahan berat badan yg berlebihan berbanding bayi yg meminum susu formula
❁ hormon2 yg diserap oleh bayi melalui susu ibu dapat menurunkan pelbagai risiko penyakit seperti obesiti, diabetes tahap 2 dan daya tahan insulin serta penyakit jantung koronari.
❁ unsur gula dan lemak dalam susu ibu memainkan peranan yg penting dlm pertumbuhan otak bayi serta memberi sumbangan dlm perkembangan tulang-tulang dan gigi bayi.
❁ sebahagian besar kandungan dalam susu ibu merupakan air sebanyak 90% yg memenuhi keperluan air bayi dlm cara yg paling bersih dan sihat.
❁ pembangunan kognitif di kalangan bayi yg diberi susu ibu adalah lebih hebat berbanding susu formula.
❁ kajian oleh James W. Anderson seorg pakar dari Universiti Kentucky mendapati bahawa minda bayi yg minum susu ibu adalah 5x ganda lebih tinggi dari bayi yg minum susu formula.
now u guys mesti paham kenapa bayi yg dilahirkan perlu disusukan oleh susu ibu sahaja secara exclusive selama 6 bulan dan teruskan susuan sehingga anak berusia 2 tahun sesuai dengan Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 233 yg bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi org yg menyempurnakan penyusuan itu".
so bagi ibu-ibu yg dapat menyusukan bayi anda i ucapkan tahniah dan hargai setiap saat bersama dan moment2 yg terbaik bersama anak2 anda. dan bagi mereka yg tidak berpeluang menyusukan anak mereka mungkin kerana masalah yang tertentu anda boleh mencuba set penyusuan shaklee :) dan mengamalkan power pumping untuk stimulate susu badan. PM/SMS/WHATSAPP WECHAT 019 2862409 dan add FB PRECIOUSMOM MURNIE untuk konsultasi percuma :D
Labels:
2 tahun,
ajaib,
anti oksidan,
baby,
doa,
gembira,
ibu menyusu,
imun booster,
kanser,
makanan,
mencegah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment