Monday, 14 March 2016

REVIEW: HUTAN LIPUR BUKIT NANAS

Taman Eko Rimba KL atau lebih dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Nanas merupakan satu satunya kawasan hutan yang masih ada di tengah tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kawasa  hutan ini terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan.

Kawasan ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal sejak tahun1906 dengan keluasan lebih kurang 17.5 Hektar namun kini hanya tinggal 9.3 hektar SAHAJA....

Kawasan Taman Eko Rimba KL ini kaya dengan flora dan fauna dan merupakan salah satu rangkaian WARISAN HIJAU MALAYSIA yang terdapat di Kuala Lumpur. Kawasan hutan ini dikelaskan sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah yang mempunyai pelbagai spesies pokok Dipterokarpa dan Bukan Dipterokarpa.



Antara spesies pokok Diperokarpa yang boleh didapati di kawasan hutan ini adalah seperti Meranti tembaga (Shorea leprosula), Meranti pa'ang (Shorea bracteolata), Meranti kepong (Shorea ovalis), Meranti seraya (Shorea curtisii), Meranti batu (Shorea dasyphylla), Keruing bulu (Diptetocarpus baudii), Kapur (Dryobalanops aromatica), Merawan siput jantan (Hopea odorata).


Selain dari spesies dipterokarpa, kawasan hutan ini juga kaya dengan spesies pokok bukan dipterokarpa seperti Jelutong (Dyera costulata), Pulai (Alstonia angustiloba), Kedondong (Burseraceae) dan Karas (Aquilaria malaccensis).


Antara keunikkan Taman Eko Rimba KL ini adalah ia merupakan satu satunya hutan hujan tropika yang masih wujud di tengah tengah bandaraya, salah satu kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di Malaysia dan keasliannya masih terpelihara walaupun telah melalui perubahan masa..


Antara kemudahan yang boleh didapati di dalam kawasan Taman Eko Rimba KL ini adalah seperti surau, tandas, trak, pondok, pusat maklumat, padang dan dewan. setakat ini banyak aktiviti yang telah dilakukan di dalam kawasan taman ini. walaupon kecik tapi nilainya tidak terhingga tau hehe.. 


Antara aktiviti yang boleh dilakukan dikawasan ini adalah seperti:
  • kajian
  • berkelah
  • berkhemah
  • titian silara
  • taman herba
  • hidupan liar
  • treking
  • denai
  • burung

ketika melakukan aktiviti di dalam kawasan taman ini anda perlulah melakukan perkara-perkara tersebut :
  1. mematuhi arahan papan tanda yang disediakan
  2. menggunakan jurupandu untuk memasuki kawasan tertutup
  3. memohon kebenaran untuk bermalam dan mendaki
  4. menjaga keselamatan dan harta benda sendiri
  5. meletakkan kenderaan di tempat yang ditetapkan
  6. berhemah dalam menggunakan kemudahan awam
anda juga dilarang sama sekali untuk melakukan perkara-perkara tersebut :
  1. buang sampah
  2. memancing
  3. menebang/menakik/menoreh pokok
  4. melakukan vandelisme
  5. bawa binatang peliharaan
  6. berkelakuan sumbang
  7. memberi makan kepada hidupan liar
  8. mandi ketika hujan
  9. memburu
korang semua boleh datang setiap hari dari pukul 7.00 pagi sampai 7.00 malam dan pusat maklumat dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. jadi kalo nak buat ape-ape aktiviti datang dan booking awal-awal ye :)

1 comment:

  1. Haynes Polished Concrete provides Melbourne and Regional Victoria with unique polished concrete floors that are durable and timeless.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...