As salam semua.. korang mesti da tau pasal virus zika ni kan.. tapi korang tau tak secara terperinci pasal virus ni selain daripada pembawa virus ni merupakan nyamuk aedes??? kalo nak tau lebih lanjut jom baca pasal virus zika tu kat sini.. happy reading ye kawan-kawan..
ZIKA merupakan virus baru yang menakutkan muncul dalam dunia moden ini. kehadirannya yang mencetuskan kegemparan dan panik dalam kalangan para pengamal media dan memerlukan tindakan tegas pihak pemerintah. ramai yang tertanya-tanya dari mana dan bagaimana zika tiba-tiba menjadi subjek perbincangan utama bagi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Fenomena Virus Zika ni sangat-sangat serius sampaikan pada 2 Februari yang lepas WHO telah mengisytiharkan peningkatan kelahiran baby cacat di Amerika Syarikat dipercayai berpunca daripada penyebaran Virus Zika, sekali gus membentuk pasukan kecemasan kesihatan antarabangsa.
untuk makluman semua, virus zika ni pertama ditemui pada tahun 1947 kat dalam Hutan Zika, Uganda yang terletak berhampiran dengan Tasik Victoria dimana sekumpulan penyelidik dari Yayasan Rockefeller sedang membuat kajian mengenai Demam Kuning. Mangsa pertama virus ini adalah monyet di Afrika. bila da bertahun-tahun menginap kat dalam spesies monyet ni, virus zika ni boleh lak memasuki perumah yang lain iaitu manusia. ini menyebabkan bumi Afrika telah diserang virus tersebut dan kini merebak ke negara-negara Asia seperti Senegal ke Kemboja dan dimasa saja terdapat populasi Aedes.
sekitar tahun 2007, virus zika telah menjangkiti lebih 100 orang pesakit di Pulau Yap yang terletak di Lautan Pasifik tapi pesakit tak perlu ke hospital. Enam tahun lepas tu kes zika dikesan d French Polynesia dengan situasi yang lebih dramatik iaitu seramai 28,000 pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Daripada jumlah tersebut, 72 orang mengalami simptom neurologi yang teruk, 40 mengalami sindrom Guillain-Barre. Ini merupakan signal pertama yang menunjukkan jangkitan Zika boleh menjadi sangat teruk.
April tahun lalu telah mencatatkan bahawa virus zika ni dah merebak ke Brazil. Virus Zika semakin mengancam penduduk bumi apabila pada Oktober yang lalu telah mencatatkan berlakunya peningkatan kelahiran baby Mikrosefali yang mengaitkannya dengan virus zika tapi tiada bukti yang nyata. Bila kes semakin meningkatkan, WHO dan CDC mengeluarkan amaran sebelum bermesyuarat pada 1 Februari yang lalu. Bagaimana Virus Zika boleh sampai ke Brazil ye?? ia kemungkinan dibawa oleh atlet dari French Polynesia dan Pasific Island yang datang ke Rio De Janeiro pada Ogos 2014 untuk Va'a World Sprint Championship dan mungkin juga terjadi selepas Piala Dunia 2014.
Virus Zika berjaya menarik perhatian dunia disebabkan kaitannya dengan kejadian 'microcephaly' iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom 'Guillain-Barre'. Mikrosefali merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa dan dalam sesetengah kes boleh mengakibatkan kematian. Sejak November tahun lalu, Brazil telah menyaksikan sebanyak 4,180 kes Mikrosefali dalam kalangan baby yang dilahirkan oleh wanita hamil yang dijangkiti virus zika berbanding 146 kelahiran yang direkodkan pada tahun 2014. sehingga kini, seramai 51 kes kematian telah direkodkan di dunia.
untuk makluman korang, virus zika ni tersebar melalui gigitan nyamuk aedes. Mereka yang mempunyai virus zika ni akan mengalami simptom secara sederhana termasuk demam, sakit kepala, ruam dan kemungkinan merah mata. malah 80% yang dijangkiti tidak mengetahui mereka diserang virus zika. ini sangat merisaukan kerana situasi ini di luar kebiasaan dan sangat luar biasa.
kini virus tersebut telah dikesan di Barbados, Bolivia, Brazil, Cape Verde, Colombia, Republic Dominika, Ecuardo, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, Samoa, Virgin Island, Amerika Syarikat dan Venezuela. so pada sesapa yang nak ke negara-negara tersebut sila berhati-hati ye. kalo dapat spray 1 badan dengan ubat nyamuk tu buat la hehehe
sehingga kini TIADA vaksin yang boleh membasmi virus zika ni sama gak macam denggi TAPI Alhamdulillah dalam negara kita ada satu produk yang boleh membantu kita meningkatkan imunisasi badan kita dari diserang virus zika dan denggi. Produk tu adalah CELLMAXX hehe.. Alhamdulillah dalam kesusahan ada kesenangan dan cellmaxx diperakui mampu untuk menghalang dan membunuh sel virus yang ada dalam badan pesakit yang dijangkiti.. macam mana cellmaxx mampu halang virus zika dan denggi? ini adalah kerana dalam cellmaxx ada Germanium yang membantu melawan virus yang ada dalam badan kita.
so kalo ade terkena virus zika atau denggi cepat cepat amik cellmaxx ye In Shaa Allah sekalian virus tu akan dibunuh oleh Germanium dan platelet darah cepat je naik In Shaa Allah