Bagi pesakit kanser serviks, melawan penyakit tersebut boleh menjadi suatu perjuangan antara hidup dan mati yang sungguh menyakitkan dan rawatannya melibatkan kos yang tinggi. bagi ahli keluarga yang hanya mampu melihat penderitaan mereka, pengalaman sedemikian sememangnya sangat sukar dilalui.
mujurlah risiko mendapat kanser serviks boleh dikurangkan melalui ujian PAP SMEAR yang telah ditetapkan. setiap wanita di negara ini di nasihatkan untuk melakukan ujian berkenaan sekurang-kurangnya setahun sekali sabagai salah satu cara untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal. anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai vaksinasi HPV.
7 Langkah Penting Mengenai Kanser Serviks :
- Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks
- 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human papillomavirus (HPV)
- 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-18
- Jangkitan HPV sangat lazim berlaku. Ia menjangkiti 1 dalam setiap 2 orang dewasa yang aktif secara seksual
- Dalam kebanyakkan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya.
- Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah.
- wanita yang menghidap kanser serviks dan pra kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala. Biasanya, gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu berdekatan. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku adalah:
- Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopous, berlaku antara kitaran haid, dan mempunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa.
- Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj. ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus
- Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks
Sel-sel pada dinding serviks boleh berkembang secara tidak normal dan mencapai tahap pra kanser. anda tidak dapat merasai perubahan yang berlaku ini. mujurlah ujian pap smear boleh mengesan sel sel pra kanser pada peringkat yang paling awal dan paling boleh dirawat.
ujian pap smear yang dilakukan secara tetap boleh mengurangkan risiko menghidapi kanser serviks dikalangan wanita. Inilah sebabnya semua wanita yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang pernah melakukan hubungan seksual sangat disarankan untuk menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya 1 kali setiap 3 tahun.
Tidak terlalu awal untuk mencegah kanser serviks. Vaksinasi HPV adalah SANGAT PENTING dan sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan vaksinasi HPV secara percuma kepada semua remaja perempuan berusia 13 tahun di sekolah dan klinik kesihatan kerajaan yang melalui Program Imunisasi Kebangsaan. Vaksinasi HPV serta ujian pap smear yang tetap akan membantu melindungi anda daripada kanser serviks dengan lebih baik. jika anda belum mendapatkan vaksinasi, jumpalah doktor anda hari ini. Vaksinasi HPV boleh didapati dengan bayaran yang tertentu di hospital dan klinik swasta
No comments:
Post a Comment