Friday, 18 March 2016

ANCAMAN DEMAM DENGGI


As salam dan selamat pagi semua. ape khabar hari ni?? mudah mudahan semua sihat-sihat belaka ye :) sekarang ni musim panas please sentiasa minum air dan jangan buat aktiviti kat luar terlalu lama ye sebab nanti boleh kena strok haba.. musim sekarang ni tak menentu macam kat Kolumpo ni pagi sampai ke pukul 5 camtu panas berdentung pastu bila petang mula la hujan.. Alhamdulillah Allah sejukkan bumi Malaysia.. TAPI bila cuaca jadi x menentu ramai la yang dapat penyakit kan so please ye kengkawan ambil la ape-ape jenis supplement dan air secukupnya untuk boostkan imun badan kita.. tapi kalo nak kena tu kena juga tak dpt nak elak hehe.. Al maklumlah penyakit tu kan kifarah dosa-dosa kecik hehehe


oleh ari ni nak share pasal demam denggi.. ape itu demam denggi dan ape ancaman demam denggi ni pada kita... Seperti yang korang semua tau demam denggi ni merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk aedes. bila seseorang tu kena gigit nyamuk n kalo kebetulan nyamuk tu pembawa virus denggi ni ha siapla kita mula kena demam.. pastu bila da demam dia selalunya akan tangkap sendi-sendi so badan kita rasa letih semacam je.. selalunya demam denggi ni dapat detect lepas 3 atau 4 hari kita demam. cara cmne nak tau kita demam denggi kita kenala pergi ke klinik atau hospital untuk buat ujian darah bagi kesan demam denggi ni.. TAPI sebelum dapat kesan ni ada dah tanda-tanda yang kita kena demam denggi antaranya seperti:

  1. Kerap muntah
  2. Sakit perut
  3. Pening atau berasa gelisah
  4. Pucat atau berasa sejuk bila kulit disentuh
  5. Sesak nafas
  6. Pendarahan
    • Bintik atau tompok merah pada kulit
    • Pendarahan pada hidung atau gusi
    • Muntah darah
    • Najis warna hitam
    • Haid yang banyak atau pendarahan pada faraj
setakat ni TIADA ubat khusus yang boleh merawat demam denggi ni.. so bila kali pertama da kena dan baik pesakit tu berisiko tinggi untuk menghidapi demam denggi buat kali ke dua dan seterusnya sebab virus denggi ni ada sampai 4 stage.. ha macam kena kanser lak kan huuu.. kalo kena kali ke dua, tiga dan empat mungkin pesakit akan semakin teruk dan mungkin boleh membawa kematian. So untuk atasi masalah demam denggi ni kita kena sentiasa pastikan rumah kita bukan lah kawasan pembiakan nyamuk aedes ye kengkawan. Hanya tu je cara untuk kita atasi masalah demam denggi ni di dalam kawasan rumah dan persekitaran kita.. 


Sekiranya anda atau ahli keluarga menghidapi demam denggi, anda perlulah berehat secukupnya, banyakkan minum cecair seperti susu, jus buah buahan, minuman isotonik dan air barli dan air kosong untuk membantu naikkan platelet darah kita.. nak lagi cepat naik makan buah delima, kiwi gold, sup ketam dan air rebusan daun betik. selain itu, pesakit juga perlu makan ubat demam seperti paracetamol ikut nasihat doktor dan sentiasa lapkan badan dengan tuala atau sponge basah untuk menurunkan suhu badan.


anda juga perlu menyembur racun serangga (aerosol) atau gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk. selain itu, luangkan masa anda untuk mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes di dalam dan luar rumah. Anda juga perlu memberikan kerjasama kepada anggota kesihatan semasa aktiviti semburan (fogging/ULV) dengan buka semua tigkap dan pimtu serta berada diluar rumah dan bawa bersama binatang peliharaan.

JANGAN sekali kali ambil ubat tahan sakit seperti aspirin, metanamic asid (ponstan) atau steroid. anda juga tidak perlu ambil antibiotik. 

so lastly jangan ambil mudah kesihatan anda dan keluarga bila da demam tu da 4 hari pon still tak baik baik walaupon da gi klinik dan makan ubat ape lagi korang pergi la klinik atau hospital terdekat untuk buat ujian darah.. ok sampai sini je nanti kita sambung lagi ye :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...