Assalam ape kabar semua?? Ari ni petang petang ni nak hujan da Alhamdulillah bila musim panas yg disebabkan fenomena el nino ni memang saat saat turunnya hujan sgt dinantikan hehe.. ok nak tanya sikit.. sapa diantara kita yg tahu apa itu penyakit BELL PALSY?? Korang penah dengat tak penyakit ni? Mcm hakak ni penyakit bell palsy ni i dgr sejak join maxxima ni je sebelum2 ni x penah dgr pon pasal penyakit ni tau.. so pada mereka yg ada family yg menghidapi penyakit bell palsy ni salam takziah dan mudah mudahan cepat sembuh ya In Shaa Allah.. bagi kita yg belum dan mungkin berisiko tinggi utk kena penyakit bell palsy, ni ada serba sedikit info yg hakak dpt yg boleh di share dengan korang. Mana tau boleh jadi rujukan dan info berguna untuk kita semua..
Ok bell palsy ni merupakan kelumpuhan atau kelemahan yang dihadapi pada salah satu bahagian otot pada wajah kita. Ia kebanyakkannya bersifat sementara dan boleh menyebabkan salah satu bahagian muka nampak melorot atau senget.. kelumpuhan wajah ini terjadi akibat daripada gangguan pada saraf yg mengakibatkan saraf tidak dapar menghantar impuls motorik kepada otot kerana tersumbat akibat pembengkakkan yg seterusnya mengakibatkan otot otot yg berhubung dengan saraf tidak berfungsi dan menyebabkan organ menjadi lumpuh. Penyakit ini boleh didapati di dalam 2 antara 10000 orang yang akan kena Bell Palsy yang menyebabkan kerosakan dalam saraf muka ke 7.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan pentakit ini disebabkan oleh jangkitan virus herpes.
Namun terdapat juga penyakit yang boleh menyebabkan sebahagian muka herot sebelah seperti barah otak, stroke dan penyakit lyme TAPI jika sakit2 tersebut tidak berkaitan dengan sebab muka menjadi herot ia dikenali sebagai Bell Palsy. Nama penyakit ini diambil sempena nama seorang anotomi dari Scotland yg bernama Charles Bell kerana beliau merupakan orang pertama yang menemui penyakit tersebut.
Bell Palsy akan menyebabkan sebahagian muka pesakit boleh senyum dan sebelah mata boleh ditutup dengan sempurna namun sebelah lagi tidak berlaku seperti normal. Bell Palsy boleh terjadi kepada semua golongan dari kanak kanak hingga dewasa dan jantina namun secara umumnya ia sangat berisiko tinggi kepada wanita hamil yg telah memasuki trimester ke 3 dan ibu yg baru seminggu bersalin. Selain itu pesakit diabetes dan HIV juga berisiko tinggi untuk diserang penyakit Bell Palsy.
Bell Palsy biasanya bersifat sementara yang boleh pulih setelah beberapa minggu atau bulan namun ada juga yang bersifat kekal hingga ke akhir hayat.
Sekiranya terjadi Bell Palsy ini pesakit perlu segera mendapatkan rawatan secepat mungkin dan sebaiknya ia perlu diubati seawal 72 jam pertama selepas terkena Bell Palsy bagi memudahkan rawatan diberikan secepat mungkin. Ini membolehkan penyakit tersebut pulih dalam jangka waktu yg cepat dan jika dirawat selepas 72 jam terkena Bell Palsy ini ia agak sukar untuk dirawat dan lambat utk pulih.
GEJALA BELL PALSY
Terdapat beberapa gejala penyakit Bell Palsy yang boleh dikenalpasti. Antaranya adalah:
¤ terjadi secara tiba tiba. Ia merupakan kelumpuhan ringan hingga keseluruhan pada sebelah wajah. Ini akan menyebabkan pesakit sukar untuk senyum dan menutup salah satu mata dengan sempurna.
¤ sebahagian wajah melorot/herot/senget yang menyebabkan wajah seseorang itu sukar untuk menunjukkan ekspresi wajah.
¤ terasa sakit pada sekitar rahang atau belakang telinga pada salah satu bahagian wajah yang dijangkiti.
¤ telinga pada bahagian yg sakit lebih sensitif kepada suara
¤ kepala sering sakit
¤ penurunan kemampuan untuk merasa pada bahagian yang lumpuh
¤ penurunan jumlah air mata dan air liur yang terhasil pada bahagian lumpuh.
¤ terdapat beberapa kes yang melibatkan ke dua dua bahagian wajah namun ia jarang terjadi.

KOMPLIKASI BELL PALSY
♢ kerosakan saraf yang tak dapat pulih seperti sediakala
♢ pertumbuhan saraf yang tidak sesuai dengan sel wajah hingga menyebabkan pergerakan yang tidak terkawal pada wajah.
♢ buta sebahagian atau sepenuhnya akibat kekeringan pada mata yang tak boleh ditutup dan terjadi kerosakan pada kornea mata yang kering.
♢ sukar makan, minum dan bercakap
♢ lemah atau lumpuh otot secara terus menerus
♢ otot wajah berkedut

PEMERIKSAAN
☆ umumnya doktor akan periksa muka dan meminta pesakit melakukan gerakan wajah seperti tutup mata, angkat kening, menunjukkan gigi dan mengerutkan wajah.
☆ pesakit perlu melakukan pemeriksaan EMG untuk menentukan kerosakan saraf dan melihat seberapa parah saraf yang rosak sekaligus menyingkirkan kemungkinan penyakit lain yang dapat menyebabkan kelemahan pada wajah seperti stroke, jangkitan, tumor dan lain lain.
☆ pesakit juga perlu melakukan pemeriksaan radiologi seperti CT Scan atau MRI pada bahagian kepala untuk menyingkirkan penyebab kelumpuhan yang mungkin terjadi.
☆ rawatan biasa yang dilakukan adalah melalui ubatan, fisioterapi yang mungkin membantu untuk sembuh dengan cepat.

No comments:
Post a Comment