Wednesday, 20 January 2016

BELL PALSY: KAEDAH RAWATAN YANG SESUAI


Assalam semua.. da baca pasal Bell Palsy dan bagaimana ia boleh berlaku? Kalo da baca bagus la.. now hakak nak share lak kaedah rawatan yang bersesuaian untuk pesakit Bell Palsy ni so nanti kalo ade sesapa yg korang kenal yg rase rase macam die ni pesakit Bell Palsy korang boleh la share dengan dia ape yg korang da baca kat blog hakak ni ok. Membantu sesama manusia tu kan fardhu 

Ok enam kaedah rawatan yang boleh dilakukan oleh pesakit Bell Palsy ni dan mungkin diantara 6 ni ade yg dapat membantu pesakit pulih kembali. Sape tau kan.. antara kaedah tersebuta adalah seperti:

PREDNISOLONE: rawatan melalui penggunaan ubat ubatan. Ubat ini sangat disarankan sebagai kaedah mengubati Bell Palsy yang paling efektif. Sebaiknya diberi dalam jangka masa 72 jam sejak gejala awal muncul. Ubat ini akan diberi selama 10 hari dan diambil dua kali sehari.

RAWATAN MATA: pesakit akan sukar untuk menutup mata oleh itu, air mata akan meruap dan akan menyebabkan air mata menjadi kurang dan boleh menyebabkan mata yang terjejas terkena jangkitan kuman dan bakteria. Doktor akan merawat dengan menggunakan ubat titik mata pada sebelah siang dan ubat sapu pada sebelah malam.

PEMBEDAHAN PLASTIK: kaedah ini akan membantu pesakit atasi kelemahan/kelumpuhan pada wajah namun ia tidak dapat mengembalikan fungsi saraf seperti biasa tapi ia boleh melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang lemah. Pembedahan dilakukan untuk membantu fungsi mata, perbaiki posisi mulut agar dapat bercakap, makan, minum seperti biasa serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.

FISIOTERAPI: ahli fisioterapi akan mengajar pesakit beberapa latihan yang boleh menguatkan otot otot wajah. Fisioterapi ini dilakukan adalah untuk meningkatkan keadaan dan jangkamasa penyembuhan. Ia sangat membantu dalam kes kes Bell Palsy namun tidak semua pesakit yang sesuai dan sembuh menerusi kaedah ini.

SUNTIKAN BOTOX: suntikan botox diberikab untuk mengubati wajah yang terkesan. Ia berfungsi untuk melepaskan otot wajah yang menegang dan mengurangkan gerakan otot yang tidak diingini. Suntikan ini berfungsi untuk menyeimbangkan gerakan wajah, mengatasi ketidakselesaan yang dirasakan ketika makan dan meningkatkan penampilan wajah secara keseluruhan. Suntikan ini perlu dilakukan pada setiap 4 bulan.

RAWATAN LAIN: teknik relaksasi dan akupuntur boleh membantu mempercepatkan pemulihan keadaan pesakit Bell Palsy dan mengembalikan fungsi saraf wajah namun ia mengambil masa untuk sembuh. Selain itu penggunaan CELLMAX sebagai salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit Bell Palsy yang bertindak dalam penghasilan sel sel baru serta memperbaiki sistem saraf tubuh seseorang.

1 comment:

  1. Casino - Dr.MD
    We bring 의왕 출장안마 you 하남 출장마사지 our 정읍 출장샵 casino online at Dr.MD. This site offers no download, no login required. Casino online. Sign Up 오산 출장샵 Now. Rating: 3 · ‎Review by 화성 출장샵 Dr.MD

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...