Wednesday, 27 January 2016

ISTIMEWANYA TULANG SULBI/TULANG SUMSUM


Tulang Sulbi/tulang sumsum
Apa rahsia yang terkandung di dalam keajaiban penciptaan tulang sulbi, sehingga tulang ini disebut oleh baginda Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun yang lampau?
Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul tubuh manusia.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah SAW bersabda yang bermaksud :
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa :
1 - Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2 - Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3 - Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.
Daku Amat Menyintai Mu
Kejadian manusia daripada tulang sulbi. Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel ia membelah menjadi 2 sel dan seterusnya setiap sel masing-masing membelah lagi dan lagi. Struktur yg mula-mula dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor atau coccyx. Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini akan terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord). Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita-pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).


Tulang sulbi tidak akan hancur.

Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih terus utuh seperti biasa.

Subhanallah, Maha suci Allah. Begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, walaupun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan dan walaupun telah beribu tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat menerusi tulang sulbi. Dalam AL-Qur'an, Allah SWTada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.

Firman Allah yang bermaksud :
"Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27)

Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel2 tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio2 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk janin yang lain.
Semoga bacaan kita mengenal diri kepada Pencipta Kita Yang Maha Agung swt.
MUHAMMAD AS-SUHAIMI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...