Assalam semua..
ha hari ni nak share pasal berenang.. hehe geng jom berenang....
korang mesti nak anak2 korang pandai berenang kan?? berenang ni pon merupakan salah satu sunnah RASULULLAH S.A.W dan salah satu senaman yang dapat membantu menyihatkan tubuh badan sebab melalui berenang semua anggota badan kita akan melakukan pergerakan secara menyeluruh..
tau x? anak2 boleh dilatih berenang seawal usia sebelum 1 tahun lagi tapi mestilah dengan pakar yang berpengalaman dalam bidang berenang ni kan huhu.. melalui aktiviti berenang ni, kita juga dapat memberikan manfaat yang penting dalam pertumbuhan anak-anak..
antara pertumbuhan tersebut adalah seperti:
❣ menghilangkan rasa takut pada air
❣ mewujudkan rasa seronok pada anak
❣ menyihatkan badan dan merangsang gerakan motor kasar
❣ merangsang keberanian dan keyakinan diri
❣ mengeratkan hubungan antara anak dan keluarga
untuk menggalakkan anak-anak kita berenang.. beberapa langkah awal perlu dilakukan untuk belajar renang.. antaranya seperti:
❣ lakukan latihan awal dengan menggunakan kolam plastik sebelum masuk kolam sebenar
❣ pastikan air kolam jernih dan bersih supaya tiada jangkitan kuman pada anak-anak
❣ gunakan pelampung yang bertindak sebagai penyelamat sewaktu melatih anak-anak berenang
❣ belajar berenang bersama anak agar mereka lebih berasa seronok untuk belajar berenang..
ok thats it for today choww..
No comments:
Post a Comment