Thursday, 22 December 2016





Assalamualaikum semua...

haish bersawang blog ni lama beno tak update heeeee.. mahap ye takde kabar berita dari hakak hehehe.. korang ape kabar? di doakan korang korang semua sihat belaka ye In Shaa Allah...
ok hari ni nak share pasal ape ek?? hmmmmmm ok since hari ni hakak baru update blog ni so ape kata kita cite yang ringan ringan je ye hehe.. hari ni hakak nak bagi resepi boleh??? akak bagi resepi berkaitan beras perang ye.. tapi sebelum tu meh nak terangkan dulu kebaikan beras perang ni..

Image result for beras perang

BERAS... kita tau terdapat pelbagai jenis beras. Antaranya beras biasa yang kita selalu makan tu, beras Basmathi yang selalu orang buat nasi beriani, beras pulut dan beras perang.

Image result for beras perang

untuk makluman korang, beras perang ni mengandungi fiber yang membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan mengurangkan kandungan gula dari dalam darah kita tau. selain tu, beras perang ni ada beberapa nutrien yang bermanfaat untuk badan kita juga. melalui pengambilan yang kerap, ia dapat membantu mengatasi penyakit jantung, kencing manis dan kanser.

Image result for kebaikan fiber

Beras perang ni juga merupakan sumber fiber yang bagus kerana mengandungi protein, beberapa jenis vitamin B dan  mineral seperti selenium dan magnesium.




ha.. best kan beras perang ni.. patut la kawan-kawan kita yang berbangsa cina ni ramai amik beras perang dalam diet pemakanan diorang rupanya beras perang ni sangat bagus untu tubuh badan kita.. ok sekarang hakak nak share resepi yang berasaskan beras perang k.. ha pe lagi amik la pen ngan kertas salin resepi ni hehe 😊

Image result for beras perang

NASI PILAF SAYUR SAYURAN

4 sb Minyak Sayuran
1 bj Bawang merah dicincang halus
2 btg Daun sup di potong halus
2 btg lobak merah di potong halus
1 bj cili hijau dicincang halus
3 helai daun bawang di cincang halus
40 g Badam di potong panjang
350 g Beras perang basmathi yang telah dimasak
150g Kacang merah siap direbus
175 g Stok sayuran
5 sb Jus oren
sedikit garam dan serbuk lada
daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-caranya:

1. panaskan 2sb minyak dan kuali dan tumis bawang sehingga separuh masak
2. masukkan daun sup, lobak merah, cili hijau, daun bawang, dan badam kemudian gorengkan sehingga semuanya lembut dan asingkan ke dalam mangkuk
3. panaskan baki minyak yang ada dan goreng beras serta kacang merah sehingga sebati dan masak kemudian masukkan stok sayuran dan jus oren serta sedikit garam dan serbuk lada sebagai perasa
4. masukkan kembali sayuran yang dimasak tadi dan masak bersama nasi tadi. biarkan sehingga beras menjadi nasi dan kemudian hidangkan dalam pinggan dengan dihiasi daun bawang dan daun sup. 


Sunday, 12 June 2016

KAEDAH RAWATAN PATUKAN ULAR

da tau dah pasal jenis-jenis ular dan macam mana bisa ular terjadi?? ok now hakak nak share pula kaedah rawatan patukan ular dengan segera sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

langkah-langkah rawatan yang perlu diambil adalah:

1. BERTENANG 
- jangan cepat panik

2. JANGAN BANYAK BERGERAK 
- panik dan banyak bergerak akan menyebabkan pengaliran darah laju di dalam tubuh. secara tak langsung akan menyebabkan racun tersebar dengan cepat ke seluruh badan.

3. LONGGARKAN PAKAIAN 
- jika pakaian terlalu ketat, longgarkan agar lebih selesa. tanggalkan cincin dan jam yang mungkin akan menyebabkan berlakunya bengkak hingga barang-barang ini akan mencengkam tangan atau jari mangsa.

4. PASTIKAN BAHAGIAN TUBUH YANG DIPATUK BERADA DI BAWAH ARAS JANTUNG
- ini akan melambatkan perjalanan darah ke jantung jadi racun tidak akan disebarkan ke seluruh badan

5. JANGAN GERAKKAN ANGGOTA YANG DI PATUK
- ikat anggota badan yang dipatuk pada sebatang kayu untuk melambatkan pergerakan bisa melalui saluran limfatik dan darah

6. JIKA LUKA GIGITAN KOTOR, BOLEH JIRUS DENGAN AIR
- jangan tekan, menuam atau mengurut di bahagian yang digigit. ini menyebabkan racun masuk ke lebih darah ke dalam tisu

7. BOLEH TUTUP BAHAGIAN YANG DIGIGIT DENGAN KAIN YANG KERING DAN BERSIH
- Jangan balut bahagian yang di patuk kerana bimbang lebih banyak racun masuk ke dalam tisu

8. JANGAN CUBA KELUARKAN BISA DENGAN MENGHISAP LUKA GIGITAN ULAR
- Racun tersebut boleh masuk ke dalam tubuh melalui luka di celah gusi atau sebarang luka di dalam mulut

9. JANGAN MEMBESARKAN LUKA PATUKAN DENGAN NIAT UNTUK MENGELUARKAN BISA
- ini akan menyebabkan bisa akan masuk lebih dalam ke dalam tisu

10. CEPAT KE HOSPITAL (BAHAGIAN KECEMASAN)
- Jangan pergi ke klinik atau pusat kesihatan kerana vaksin anti-venom hanya boleh didapati di hospital. kecuali jika mangsa telah pengsan, mungkin perlu masukkan air drip sebagai langkah memulihkan mangsa yang pengsan.


Saturday, 11 June 2016

BAHAYA PATUKAN ULAR

Assalammualaikum semua.. semoga sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. pagi cuti ni buat ape? selalu kalau bulan biasa hakak confirm ramai yang keluar ke taman bawa anak-anak beriadah main basikal la, badminton, kereta kontrol dan macam-macam lagi. So bulan puasa ni tak gi riadah ke?? hehe kalau korang nak pergi boleh je takde masalah tapi jangan terlalu berat sangat riadah tu bukan apa takut nanti terdehydrate pula air yang ada dalam badan pastu nanti mula la balik terus melepek kat rumah tu kalau boleh tahan kalau tak tahan?? jawabnya leburla puasa tu kan huuuuu.. NO NO NO... jangan gitu ye hehe..

tau tak korang maksud bulan Ramadan tu sendiri?? kalau tak tau ni hakak nak bagitau Ramadan tu maksudnya bulan yang panas so dalam sebulan ni memang kita akan mengalami rasa panas yang agak tinggi tapi tu semua kuasa Allah.. Setakat 5 hari puasa ni kalau kat Kuala Lumpur setiap petang akan turun hujan kadang lebat kadang renyai-renyai je. so kat tempat korang camne lak?? harap tak menjejaskan kehidupan korang semua.. 

hokey since tgh cuaca panas sekarang ni, seeloknya kita pastikan kawasan sekitar rumah kita takde semak samun, dan bila nak masuk bilik air tu flush air dulu ye untuk keselamatan kita juga. Almaklumla baru-baru ni banyak betul kes kena patukan ular dan ular masuk ke dalam kawasan rumah. so harapnya korang boleh jaga keselamatan diri sendiri dan ahli keluarga yang lain.. Al maklumlah cuaca panas ni ular selalu cari kawasan yang redup dan sejuk untuk mereka bersembunyi kalau tak dok kat tempat sejuk nanti mati kering la ular tu ye dop??  hehe so kita sebagai manusia ni kena faham sifat semulajadi geng ular ni.. ok kat sini hakak nak share sikit pasal pastukan ular dan cara merawatnya mana tau boleh membantu korang menambah ilmu. Maklumat yang hakak dapat ni pun dari majalah I Sihat so kalau nak tau lebih lanjut dapatkan majalah I Sihat edisi bulan Jun ye hehe



Untuk makluman korang, terdapat lebih daripada 140 spesies ular yang ada dekat Malaysia TAPI hanya 17 spesies je yang beracun dan berbahaya seperti Ular Tedung (cobra dan King cobra), Ular Kapak (Russell's Viper dan Green tree pit viper) dan Ular 'Kraits'. Ular Laut juga merupakan ular berbisa. Malaysia juga mempunyai Ular Sawa Batik tapi ia kurang merbahaya kerana tiada racun NAMUN jika ia berasa dalam bahaya ular sawa ni boleh membelit mangsanya sehingga segala tulang temulang patah riuk tau.



ok camne nak kenal ular ular ni?? ular-ular ni kita boleh kenal melalui kepala dan warna pada badannya. Ular Tedung mempunyai bentuk kepala yang mengembang, Ular Kapak kepalanya berbentuk seperti segi enam (Diamond) dan ular krait badannya mempunyai jalur warna yang terang.


Ular Tedung biasanya kita boleh jumpa dekat kawasan ladang, paya, tanah lapang dan kawasan perumahan iaitu kawasan yang mudah untuk ular-ular ni mencari mangsa seperti tikus manakala King Cobra atau lebih dikenali sebagai Tedung Selar boleh dijumpai dikawasan hutan tebal kerana ia akan mencari mangsa yang bersaiz lebih besar sikit.



Ular Kapak (Pit viper) pula mudah dijumpai di kawasan kebun getah, ladang, kampung dan hutan. tempat biasa bagi Green tree pit viper pula adalah di atas pokok. ular
kraits boleh didapati di padang, hutan atau di pinggir perumahan dan ular laut di kawasan pesisiran pantai dan kawasan muara sungai.



KENAPA PATUKAN ULAR BERBAHAYA??

Patukan ular adalah luka tembus (puncture wound) yang disebabkan oleh gigitan ular yang mempunyai dua taring. ada kalanya (tidak selalu) bisa dikeluarkan dari taringnya dan boleh menyebabkan kematian. Ular mematuk sebagai salah satu cara mempertahankan diri atau untuk mencari makanan. patukan ular pada manusia adalah disebabkan ia cuba mempertahankan diri sekiranya ia tidak dapat melarikan diri. Kebiasaannya haiwan-haiwan liar ini akan melarikan diri apabila terserempak dengan manusia.



patukan ular biasanya terjadi apabila ia berada dalam keadaan terdesak, terperanjat, terancam atau sarangnya diganggu. untuk pengetahuan korang, ular bukanlah haiwan yang tahan panas sebab tu la bila musim kemarau ular-ular ni akan sering ditemui dikawasan perumahan yang pada mereka kawasan tersebut lebih sejuk dan selamat dari sarangnya.


patukan ular bukan je boleh sebabkan luka tapi ia juga boleh menyebabkan kematian. ini kerana dalam kebanyakan patukan, ular boleh memasukkan (menyuntik) bisa (venom) ke dalam tisu tubuh yang digigit. Bisa ini dihasilkan dalam kelenjar parotid yang telah diubah suai. biasanya kelenjar ini menghasilkan air liur tapi pada ular ia juga boleh menghasilkan bisa. Bisa yang terhasil akan disimpan di dalam kelenjar di belakang mata dalam satu beg kecil yang dinamakan alveoli. Ia dihubungkan kepada taring dengan satu saluran kelenjar yang halus dan bisa ini dikeluarkan secara voluntary. ini bermakna ular berbisa ini boleh memilih untuk tidak menyuntikkan racun ke tisu tubuh yang dipatuknya.


Bisa ular mengandungi berpuluh ribu jenis protein dan enzim yang mempunyai peranannya sendiri untuk melumpuhkan dan membunuh mangsanya. Beberapa enzim dalam bisa ini boleh menyebabkan saluran darah menjadi rapuh dan pecah. Ada yang menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan dan ada yang menyebabkan saraf menjadi kebas dan tubuh mangsa menjadi lumpuh. Oleh itu, bisa ular dikatakan mempunyai kombinasi racun yang setiap satunya merosakkan organ dalam tubuh. Venom yang dikeluarkan juga mempunyai kuantiti berbeza mengikut spesies dan kekuatan racun juga berbeza.


Tanda-tanda keracunan bergantung kepada spesies dan berapa banyak bisa disuntik ke dalam tisu. Ia juga bergantung kepada tahap kesihatan dan umur serta saiz badan mangsa. Kanak-kanak dan warga tua lebih mengalami komplikasi dari patukan ular.

Racun ular bertindak melalui tiga (3) cara yang berlainan iaitu:

1. Toksin darah (Haemotoxins)

2. Toksin saraf (Neurotoxins)

3. Toksin jantung (Cardiotoxins)

sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal selepas patukan adalah mangsa merasa sakit dibahagian yang dipatuk, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan. Berbeza dengan patukan ular laut yang biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit.

Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit lepas dipatuk adalah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas, pandangan menjadi kabur, perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh atau mati.

Friday, 10 June 2016

10 MANFAAT TERBAIK SERAI

Serai......




Sering digunakan sebagai agen penambah rasa dalam masakan Asia.. Nak tau tak?? serai ni sebenarnya banyak vitamin dan mineral yang ada dalamnya. bukan takat bau je wangi tapi ia juga mempunyai khasiat yang pelbagai



Antara vitamin dan mineral yang ada dalam serai adalah Vitamin A dan C, Asid Folik, Folat, Magnesium, Zink, Kuprum, Zat Besi, Kalium, Fosforus, Kalsium dan Mangan... Subhanallah banyaknya vitamin dan mineral yang ada dalam serai ni.. ce angkat tangan sapa je yang baru tau selain dari SAYA??? ehheehe


untuk makluman korang, serai juga mempunyai manfaat perubatan seperti Analgesik, anti keradangan, anti kemurungan, antipiretik (menambahkan pengeluaran haba), antiseptik, astringen, karminatif (menyingkirkan gas dari kanal alimentari bagi melegakan kolik) dan mengandungi bahan anti kanser.



perghhhh banyak betul kebaikan yang ada dalam serai ni.. tapi.... camne nak dapatkan kelebihan serai ni ye?? takkan la nak makan gitu je macam makan epal ye dop??? ade gak yang patah gigi nanti huuuuu..


ok korang boleh campurkan 1 sudu teh serai segar atau kering ke dalam secawan air panas lepas tu biarkan selama 10 minit kemudian tapis dan minum air tersebut.. kalau nak manis korang boleh tambahkan madu dalam air tersebut.. so lepas minum air tu korang akan dapat 10 manfaat terbaik serai iaitu:

1. Membantu penghadaman dengan membunuh bakteria jahat dan parasit

2. Mengawal paras kolestrol (minum teh serai secawan sehari)

3. Membersih dan detokfikasi tubuh

4. Melegakan demam dan selsema

5. Menentang kanser

6. Mengurangkan kesakitan akibat arthritis

7. Baik kepada ibu yang baru melahirkan

8. Menentang kemurungan

9. Mengurangkan masalah badan berbau

10. Mencantikkan kulit

ha ape tunggu lagi g cari serai dekat kedai-kedai atau pasar berdekatan anda.. selamat mencuba hehe


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalammualaikum semua.. semoga sihat, ceria dan semakin cantik dan menawan pada setiap hari.. lama tak bersiaran hehee.. sory la agak busy sket.. sebelum hakak share ilmu hakak nak ucapkan selamat menyambut puasa bagi tahun ini dan semoga puasa pada kali ini memberikan seribu rahmat serta mendapat keampunan daripada Allah SWT.. In Shaa Allah


sepanjang bulan Ramadan ni jangan lupa bangun sahur ye sebab banyak keberkatan yang boleh kita dapat daripada bersahur tu dan bersahur juga salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW jadi senang je kita dapat ikut sunnah Nabi dan mendapat pahala bila bersahur.. kalau terlajak tu tak dapat la nak buat apa-apa tapi siap sedia dengan niat berpuasa selama sebulan ye so tak de reason yang anda boleh ponteng puasa tanpa sebab hehee..


waktu berbuka pula jangan makan banyak banyak ye ikut sunnah Nabi juga berhenti sebelum kenyang tau agar mudah kita nak menunaikan ibadat selepas waktu berbuka nanti In Shaa Allah. sempena bulan Ramadan ni jangan lupa sambil nak tunggu waktu berbuka tu tengok la TV AL Hijrah dan Astro Oasis ye sebab akan menjelma iklan CELLMAXX hehe.. sharing khas dari PU MUHSIN dan IMAM MUDA HASSAN.. ha see sapa kata Cellmaxx tak bagus?? sampaikan PU dan IMAM MUDA pun da ambil Cellmaxx sebagai supplement harian mereka so tunggu apa lagi dapatkan cellmaxx anda sekarang tau :)


ok sampai sini je jumpa lagi nanti In Shaa Allah




Sunday, 20 March 2016

JENIS JENIS APPLE/EPAL


As salam semua.. ha tengok tajuk macam ntah ape-ape je kan hehe tapi TAHUKAH ANDA?? setiap jenis dan warna epal/apple tu sangat berbeza dari segi rupa dan rasanya.. rupanya.. dalam dunia ni ada 10 jenis buah apple/epal tau hehe. ok jom kita tengok jenis-jenis apple dan ape khasiat setiap apple tu..

1. Golden Delicious
merupakan epal yang serbaguna. Lazimnya dipilih untuk masakan. Isi putih pejal dan berkulit lembut sehingga korang tidak perlu mengupasnya. Bentuk dan rasa lembut kekal apabila dibakar atau dimasak.


2. Red Delicious
Merupakan kegemaran rakyat Amerika dan memiliki kulit berwarna Ruby gelap dan berbentuk hati klasik. Rasa manis sederhana serta kerangupan tersendiri menjadikan ia snek bertaraf 5 bintang.


3. Braeburn
Berubah daripada warna kehijauan emas hingga ke merah. Ia rangup dan aromanya menggabungkan rasa masam, dan manis. Sangat sesuai dijadikan sebagai snek dan salad.


4. Granny Smith
Berwarna hijau terang adakalanya sedikit merah muda. Ia terasa masam, rangup dan sangat sesuai jika dibakar.


5. Cripps Pink
Rasanya masam manis dan isi pejal yang rangup. sesuai dimasak atau dimakan begitu sahaja


6. Gala
Berbentuk hati dengan warna kulit kuning jingga. rasa manis dan rangup sangat


7. Fuji
Rangup dan berjus mungkin berwarna kuning kehijauan dengan ton merah. Rasa berempah serta manis menjadikan ia sesuai untuk salad


8. Jonagold
Warna asasnya adalah kuning hijau dengan jalur merah muda. Sangat sesuai dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan


9. Cameo
Sejenis epal manis dengan tekstur pejal. Bercirikan jalur merah gelap di atas latar belakang berwarna krim. sesuai dengan snek


10. Honeycrisp
Memiliki kulit luar berwarna merah terang dan hijau pucat. amat sesuai untuk salad



Saturday, 19 March 2016

SARAPAN: PENTING ATAU TAK

As salam.. ha pagi-pagi nan indah di hari sabtu nak hakak nak share pasal sarapan.. nak tanya ngan korang biasanya kalo korang diet atau tak pon sarapan korang makan tak?? ade setengah orang tak sarapan dan ade setengah orang tak leh tinggal sarapan.. Sebenarnyakan sarapan pagi ni SANGAT PENTING hokey.. kalo korang tak sarapan ranap la diet korang hehe sebab diet ni sebenarnya takleh tinggal sarapan pagi dan waktu-waktu makan yang lain CUMA portion makanan dan jenis makanan yang diambil perlulah dikira kalorinya dan jenis makanan tu kena la ikut kaedah diet yang sebenar..


TAHUKAH KORANG??? kajian terbaru mendapati, jarang sarapan boleh meningkatkan risiko strok kerana tabiat tersebut mendorong kepada penyakit tekanan darah tinggi. kenyataan berdasarkan kajian ke atas 82,772 lelaki dan wanita Jepun berusia 45-74 tahun yang tidak memiliki riwayat sakit jantung mahupun kanser sejak 1995 hingga 2010.



Malah kajian juga mendapati, strok akibat pendarahan otak juga lebih sering terjadi pada waktu pagi hari, Oleh itu, jom kita mulakan hari dengan sarapan semoga melalui sarapan ni kita akan sentiasa sihat, boleh kuruskan badan, boleh macam-macam lagi setiap hari..


ni nak habaq mai juga 5 PUNCA korang kurang bertenaga setiap hari:

  1. Sarapan tanpa karbohidrat sihat (bijirin penuh)
  2. Membiarkan ruang kerja atau rumah bersepah
  3. Tak makan sayur
  4. Duduk menghadap komputer seharian
  5. Mengambil minuman tenaga (yang membuatkan tubuh menjadi letih)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...