Tuesday, 22 April 2014

TIPS KEMBALI BERTENAGA


Assalam semua pe kabo ari ni? i ni kurang sht sket la huuu now my turn lak kena selsema n batuk after my prince n princess kena demam, batuk n selsema last week. biasa la kan jangkit berjangkit ni huhu.. ha kat sini sape ade anak2 kecik means anak2 korg tu jarak antara diorg 1 ke 2 thn tiap seorang? hurm cam ramai jek termasuk la i ni hehe.. kita semua da rasa kan betapa penatnya bila ade anak yg jarak umo diorg ni rapat. lagi2 lepas bersalin n si abang/kakak masih belum bercerai susu dan belum paham akan kehadiran adik.


so mesti semua dapat bayang saat2 melayan kerenah dua org anak huuu naya betul hehe tp tu la momen yg paling indah dlm hidup kita yg mana kita menyusukan anak2 secara tandem dan bergilir2 pada siang dan malam :D i like hehe.. so keletihan pada waktu tu terutama masa berpantang mmg terserlah dan kadang tu rasa x sanggup lg da nak hadap semua ni huhu tp x pe i ade beberapa tips yg membantu kita kembali bertenaga dan dapat recharge balik badan kita kembali kepada seperti sediakala. tips ni i dpt dari majalah PA&MA.

1. SARAPAN PAGI 
Sarapan pagi ni merupakan waktu makan yg paling penting. mesti korang pernah dgr pepatah inggeris yg menyatakan "breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar" ha lebih kurang camtu la hehehe.. sebab ape kena makan sarapan pagi? sebab sarapan ni merupakan sumber tenaga paling penting utk memulakan aktiviti seharian kita dan jangan x tau ye sarapan pon membantu dalam mengurangkan berat badan kita tau.

bagi ibu2 dalam pantang, pastikan anda mengambil makanan berkanji macam roti, nasi, dan pasta utk elakkan sembelit. makan dalam kuantiti yg sikit tapi kerap supaya perut x kosong.


2. SENAMAN RINGAN
Buat la senaman ringan macam berjalan, senaman lantai pelvis, dan regangan sebaik je anda rasa badan da bertenaga. TAPI tunggu hingga 6 minggu sekurang-kurangnya if nak lakukan senaman yg lebih berat dan kuat. ingat ye bentuk badan kita da berubah selepas mengandung dan kesukaran utk kembali kepada berat asal sebelum mengandung adalah tinggi.


3. TIDUR BERSAMA BABY
Dapatkan masa rehat yg secukupnye dan cuba tidur bersama baby korang dan minx tolong anyone yg ade kat umah utk uruskan perkara lain mcm mengemas ke, memasak, jaga anak yg lain dan mcm2 lagi. tidur ni perlu supaya korang rasa lebih bertenaga dan mendapat rehat yg secukupnya. rehat yg mencukupi akan membantu merangsang pengaliran susu ibu dengan baik dan tidur selama 30 - 45 min sebenarnya cukup efisien dlm menyegarkan tubuh korang balik.

4. JUS BUAH-BUAHAN
Buat jus buah segar di rumah utk bagi kesegaran tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu. korang boleh pilih nak minum jus buah/sayur, air kurma merah, susu soya yg xde gula, dan minum dadeh. korang juga boleh minum air buah yg ade dijual dipasaraya2 berhampiran. paling penting MINUM AIR KOSONG minima 3 liter sehari iaitu 8-12 biji gelas sehari.


5. CERIAKAN DIRIMU
Eceh tajuk no 5 ni bukan main lg ek hehe.. masa pantang x bermakna kita xboleh menceriakan diri kite ye hehe.. ape kate korang main ngan anak2 ke then pakai la baju yg cantik2 sket yg blh nampak kita ni ceria dan segar sepanjang masa. so bila kita berpakaian cantik dan ceria secara automatik kita akan berasa selesa n bersemangat sentiasa.

6. TENGOK TV
sambil2 rehat dengan baby tu ape kata korang tgk tv cerita yg korang suka so xde la rasa bosan dan lemau je.


7. AROMATERAPI
Letak la bau bauan yg wangi mcm lavender ke citrus ke roses ke kat dlm rumah korang. bau-bauan ni merupakan bauan aromaterapi yg membantu korang berasa lebih rileks dari segi minda, jasmani dan rohani.



8. SUPPLEMENT
Ha tips yg ni i like hehee lepas bersalin pastikan korang mengambil supllement tambahan utk membantu memberikan tenaga kepada diri korang akibat dari kehilangan tenaga sewaktu bersalin dulu. pengambilan supplement disarankan sebab ibu2 tidak mengambil diet yg seimbang kerana kekangan masa menguruskn anak2 terutama baby yg baru lahir dan korang memerlukan makanan yg seimbang utk menyusukan anak. so dengan mengambil supplement ia dpt membantu mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh badan kita. Antara supplement yg diperlukan oleh ibu adalah Vitamin C, B complex, Multivitamin, Zinc, Kalsium dan protein.

9. SENTIASA SENYUM DAN KETAWA
Sentiasa la senyum dan ketawa kerana ia akan buat suasana menjadi lebih ceria dan riang. senyuman akan menghilangkan tekanan, kebosanan dan bila kita ceria, baby pon akan lebih ceria bila tgk kita selalu senyum pada mereka.

10. ZIKIR
Walaupun kita ni x boleh menunaikan solat, membaca Al-Quran sewaktu dalam pantang, tapi kita boleh berzikir so perbanyakkan berzikir untuk mengurangkan tekanan dan sentiasa memasang mp3 bacaan ayat suci Al-Quran supaya kita berasa lebih tenang dan bertenaga.



ok tu je setakat ni tips2 yg boleh membantu korang recharge balik badan agar lebih bertenaga, ceria, kurang tekanan dan sentiasa bersemangat dalam menguruskan keluarga. so if sesapa nak cari supplement yg x mendatangkan kesan negatif pada badan kita dan baby, korang boleh SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 dan add fb PRECIOUSMOM MURNIE Untuk free consultation.

Thursday, 17 April 2014

16 MAKANAN TURUNKAN KOLESTROL

Assalam semua.. pe habaq? hehe hope korang smue sihat la ye.. i ni last 2 weeks anak2 demam, batuk n selsema now my turn lak huuuu biasa la berjangkit ngan anak2 lagi pulak i ni menyusukan anak2 so lagi la senang nak berjangkit huuu. tp takpe Vitamin C, Nutriferon ade so In Shaa Allah dengan ambil produk shaklee ni cepat sembuh hendak nye ha x lupa gak kat cik omega guard kita yg bantu meredakan batuk dan selsema hehe..

ha ari ni nak share pasal 16 jenis makanan yg membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan. korang da cek tak bacaan kolestrol korang tu tinggi, rendah, sederhana atau camne? hurm if belum cepat2 g cek tau bukan ape melalui kolestrol ni la kita akan dapat macam2 jenis penyakit seperti obesiti, darah tinggi, sakit jantung, dan strok ha so lebih elok kita mencegah dari merawat kan.

korang tau tak yang kolestrol ni xleh larut dalam darah kecuali jika digabungkan dengan protein yg bernama lipoprotein. kolestrol yg dirembes oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan LDL atau HDL. kolestrol LDL dikenali sebagai kolestrol jahat dan Kolestrol HDL merupakan kolestrol yg baik. ok now i nak cite serba sikit pasal 16 jenis makanan yg membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan dan membantu kita menjalani hidup yang lebih sihat dan bebas dari penyakit In Shaa Allah..

1. KACANG SOYA
Mengandungi 48% protein, lechitin, vitamin dan zat galian. mampu menghindarkan diri kita dari penyakit jantung dan kencing manis. kandungan kalsium dan mineral dalam kacang soya membantu memecahkan lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

2. KUACI
Kaya dengan zat besi. so kita digalakkan memakan kuaci tawar yg diperbuat dari biji labu atau biji bunga matahari untuk menambah zat besi dalam tubuh badan dan pada masa yg sama dapat mengurangkan kolestrol.

3. BUAH-BUAHAN KERING
Buah buahan kering seperti kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid. jadi ia mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. salin daripada kurma, flavanoid juga boleh didapati dari makanan lain seperti teh, brokoli, tomato, bawang dan buah delima.

4. EPAL
Dengan makan sebiji buah epal atau jusnya, kita berupaya mengurangkan kolestrol dalam badan. malah terdapat kajian membuktikan bahawa dengan memakan sebiji epal/jusnya selepas makan makanan segera, dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA
Selain salmon dan sardin, ikan tuna merupakan salah satu sumber omega-3. kandungan asid lemak dalam omega-3 berupaya melindungi tubuh badan daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah terutamanya yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin e. vitamin e membantu menghalang diri kita dari radikal bebas yg berkeupayaan merosakkan kandungan HDL.

7. MANGGA
Kaya dengan vitamin c sekali gus mencegah LDL. Selain dari mangga, buah lain yg turut membantu menurunkan kolestrol adalah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi.

8. KISMIS
Sebatian yg terkandung dalam kismis mampu menurunkan kadar kolestrol. dengan mengamalkan diet 400 kalori kismis tiap ari, kita dapat bantu tubuh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%

9. JAMBU BATU
Kita disyorkan utk makan buah jambu dalam jumlah 400 gram / sebiji sehari selama 4 minggu. jika korang buat camni In Shaa Allah ia membantu menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8%. Dan berita gembira utk korang, selain dari turunkan kolestrol, jambu batu juga membantu menurunkan berat badan kita.

10. TOMATO
Membantu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam badan. jika minum 2 gelas jus tomato sehari, ia dapat menurunkan kadar kolestrol dengan baik dan berkesan.

11. BUAH DELIMA
Sangat baik utk membantu tubuh kita turunkan kadar kolestrol. buah delima juga mampu mengurangkan pertumbuhan plak kolestrol dan pada masa yg sama ia meningkatkan produksi oksida nitrat. kesannya, ia dapat mengurangkan plak pada arteri

12. APRIKOT
Merupakan salah satu buah-buahan yg meningkatkan kadar HDL dalam badan

13. BAWANG PUTIH 
Bahan yg biasanya digunakan sebagai perencah dalam makanan ni adalah merupakan bahan yg membantu menurunkan kadar kolestrol LDL dalam badan.

14. BAYAM
Ha bayam ni baru semalam i makan hehehe.. ia mengandungi zat lutein yg amat penting bagi kesihatan jantung daripada penempelan lemak pada pembuluh darah. pengambilan sekurang-kurangnya 1/2 mangkuk bayam yg telah dimasak setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol

15. TEH
Diperkaya dengan kandungan antioksidan yg dapat memberikan rasa tenang terutama pada pembuluh darah. dapat menghindarkan masalah pembekuan darah, kaya serat dan flavonoid yg dapat mencegah oksidasi yg boleh menyebabkan penimbunan kolestrol jahat LDL pada pembuluh darah.

16. COKLAT
Coklat sangat baik pada tubuh badan namun coklat jenis dark coklat yg agak pahit tu lagi baik sebab ia mengandungi antioksidan dan flavonoid yg bagus untuk mengurangkan LDL.

ha ni la 16 jenis makanan yg membantu mengurangkan paras kolestrol dalam badan. so rajin-rajin la amalkan pengambilan 16 jenis makanan ni ye. nak lagi senang grab je supplement shaklee yg da sah2 setiap vitamin yg ade pada makanan-makanan ni terdapat dalam supplement tu dan paling penting supplement shaklee ni TIADA BAHAN KIMIA, 100% SEMULAJADI, HALAL, BERKESAN, DAN DILULUSKAN OLEH KKM hehe.. Camne nak dapatkan supplement shaklee?? SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 dan add fb PRECIOUSMOM MURNIE k.

ok takat tu je la pagi ni nnt i datang dengan more info ye.. oh ye sebelum tu thanks tu majalah PA&MA atas perkongsian info 16 jenis makanan yg menurunkan kolestrol ni so kengkawan jaga kesihatan diri dan keluarga ye. ingat!! mencegah lebih baik dari merawat.. k chow Assalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...