Tuesday, 22 April 2014
TIPS KEMBALI BERTENAGA
Assalam semua pe kabo ari ni? i ni kurang sht sket la huuu now my turn lak kena selsema n batuk after my prince n princess kena demam, batuk n selsema last week. biasa la kan jangkit berjangkit ni huhu.. ha kat sini sape ade anak2 kecik means anak2 korg tu jarak antara diorg 1 ke 2 thn tiap seorang? hurm cam ramai jek termasuk la i ni hehe.. kita semua da rasa kan betapa penatnya bila ade anak yg jarak umo diorg ni rapat. lagi2 lepas bersalin n si abang/kakak masih belum bercerai susu dan belum paham akan kehadiran adik.
so mesti semua dapat bayang saat2 melayan kerenah dua org anak huuu naya betul hehe tp tu la momen yg paling indah dlm hidup kita yg mana kita menyusukan anak2 secara tandem dan bergilir2 pada siang dan malam :D i like hehe.. so keletihan pada waktu tu terutama masa berpantang mmg terserlah dan kadang tu rasa x sanggup lg da nak hadap semua ni huhu tp x pe i ade beberapa tips yg membantu kita kembali bertenaga dan dapat recharge balik badan kita kembali kepada seperti sediakala. tips ni i dpt dari majalah PA&MA.
1. SARAPAN PAGI
Sarapan pagi ni merupakan waktu makan yg paling penting. mesti korang pernah dgr pepatah inggeris yg menyatakan "breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar" ha lebih kurang camtu la hehehe.. sebab ape kena makan sarapan pagi? sebab sarapan ni merupakan sumber tenaga paling penting utk memulakan aktiviti seharian kita dan jangan x tau ye sarapan pon membantu dalam mengurangkan berat badan kita tau.
bagi ibu2 dalam pantang, pastikan anda mengambil makanan berkanji macam roti, nasi, dan pasta utk elakkan sembelit. makan dalam kuantiti yg sikit tapi kerap supaya perut x kosong.
2. SENAMAN RINGAN
Buat la senaman ringan macam berjalan, senaman lantai pelvis, dan regangan sebaik je anda rasa badan da bertenaga. TAPI tunggu hingga 6 minggu sekurang-kurangnya if nak lakukan senaman yg lebih berat dan kuat. ingat ye bentuk badan kita da berubah selepas mengandung dan kesukaran utk kembali kepada berat asal sebelum mengandung adalah tinggi.
3. TIDUR BERSAMA BABY
Dapatkan masa rehat yg secukupnye dan cuba tidur bersama baby korang dan minx tolong anyone yg ade kat umah utk uruskan perkara lain mcm mengemas ke, memasak, jaga anak yg lain dan mcm2 lagi. tidur ni perlu supaya korang rasa lebih bertenaga dan mendapat rehat yg secukupnya. rehat yg mencukupi akan membantu merangsang pengaliran susu ibu dengan baik dan tidur selama 30 - 45 min sebenarnya cukup efisien dlm menyegarkan tubuh korang balik.
4. JUS BUAH-BUAHAN
Buat jus buah segar di rumah utk bagi kesegaran tubuh dan merangsang penghasilan susu ibu. korang boleh pilih nak minum jus buah/sayur, air kurma merah, susu soya yg xde gula, dan minum dadeh. korang juga boleh minum air buah yg ade dijual dipasaraya2 berhampiran. paling penting MINUM AIR KOSONG minima 3 liter sehari iaitu 8-12 biji gelas sehari.
5. CERIAKAN DIRIMU
Eceh tajuk no 5 ni bukan main lg ek hehe.. masa pantang x bermakna kita xboleh menceriakan diri kite ye hehe.. ape kate korang main ngan anak2 ke then pakai la baju yg cantik2 sket yg blh nampak kita ni ceria dan segar sepanjang masa. so bila kita berpakaian cantik dan ceria secara automatik kita akan berasa selesa n bersemangat sentiasa.
6. TENGOK TV
sambil2 rehat dengan baby tu ape kata korang tgk tv cerita yg korang suka so xde la rasa bosan dan lemau je.
7. AROMATERAPI
Letak la bau bauan yg wangi mcm lavender ke citrus ke roses ke kat dlm rumah korang. bau-bauan ni merupakan bauan aromaterapi yg membantu korang berasa lebih rileks dari segi minda, jasmani dan rohani.
8. SUPPLEMENT
Ha tips yg ni i like hehee lepas bersalin pastikan korang mengambil supllement tambahan utk membantu memberikan tenaga kepada diri korang akibat dari kehilangan tenaga sewaktu bersalin dulu. pengambilan supplement disarankan sebab ibu2 tidak mengambil diet yg seimbang kerana kekangan masa menguruskn anak2 terutama baby yg baru lahir dan korang memerlukan makanan yg seimbang utk menyusukan anak. so dengan mengambil supplement ia dpt membantu mengembalikan tenaga dan kesegaran tubuh badan kita. Antara supplement yg diperlukan oleh ibu adalah Vitamin C, B complex, Multivitamin, Zinc, Kalsium dan protein.
9. SENTIASA SENYUM DAN KETAWA
Sentiasa la senyum dan ketawa kerana ia akan buat suasana menjadi lebih ceria dan riang. senyuman akan menghilangkan tekanan, kebosanan dan bila kita ceria, baby pon akan lebih ceria bila tgk kita selalu senyum pada mereka.
10. ZIKIR
Walaupun kita ni x boleh menunaikan solat, membaca Al-Quran sewaktu dalam pantang, tapi kita boleh berzikir so perbanyakkan berzikir untuk mengurangkan tekanan dan sentiasa memasang mp3 bacaan ayat suci Al-Quran supaya kita berasa lebih tenang dan bertenaga.
ok tu je setakat ni tips2 yg boleh membantu korang recharge balik badan agar lebih bertenaga, ceria, kurang tekanan dan sentiasa bersemangat dalam menguruskan keluarga. so if sesapa nak cari supplement yg x mendatangkan kesan negatif pada badan kita dan baby, korang boleh SMS/WHATSAPP/WECHAT 019 2862409 dan add fb PRECIOUSMOM MURNIE Untuk free consultation.
Labels:
aromaterapi,
baby,
buah-buahan,
ibu mengandung,
rehat,
senaman ringan,
soya,
tengok tv,
tidur,
zikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment