Tasik Upper Klamath (juga dikenali dengan sebagai Tasik Klamath) adalah kawasan air tawar yang besar dan cetek yang terletak di timur Banjaran Cascade di selatan Oregon di Amerika Syarikat. Ia adalah kawasan air tawar terbesar di Oregon, dengan anggaran kira-kira 20 batu (32 km) panjang dan 8 batu (12.9 km) lebar dan memanjang ke barat laut dari bandar Klamath Falls.
Ia terletak di ketinggian 4140 kaki (1262 m). Kedalaman tasik turun naik disebabkan ketidak tetapan bekalan airnya, bermula dari 8 kaki (2.5 m) sehinggalah 60 kaki (18 m) dalam pada tahap yang sederhana. Tahap kedalaman tasik ini ditetapkan sekitar 1261-1264 m di atas paras laut. Tasik ini mendapat bekalan airnya daripada beberapa sumber, termasuk Sungai Williamson dan disaliri oleh Sungai Link, yang datang dari bahagian penghujung selatan tasik ini. Ia dihubungkan oleh saluran pendek menuju ke Tasik Agency menuju arah utara.
Tasik Upper Klamath ini terletak di bahagian padang pasir yang tinggi di selatan negeri Oregon. Tasik ini dilindungi dari barat laut oleh Pergunungan Cascade dengan padang rumput gersang di timur dan selatan. Tasik ini dilengkapi oleh 17 jenis sungai-sungai yang kaya mineral yang mendepositkan purata 50,000 tan lumpur yang kaya dengan mineral dari sekitar 4,000 batu persegi (10,000 km2) lembangan gunung berapi, membuatkan Upper Klamath Lake salah satu perangkap nutrien terkaya di dunia.
Air tasik dan sedimen yang mempunyai mineral dan kepekatan unsur surih yang tinggi adalah berpunca daripada peristiwa letupan gunung berapi prasejarah (lebih daripada 7700 tahun yang lalu). Letupan tersebut menyebabkan berjuta-juta tan abu mineral melitupi kawasan dari arah utara sehingga ke sempadan Kanada.
Kawasan warisan gunung berapi ini dikaitkan dengan Lingkaran Api Pasifik, suatu rantau geologi aktif yang mengalami peristiwa gunung berapi besar-besaran, tektonik, dan glasier. Pada abad ke-20, proses pembesaran nutrien oleh laluan pengairan daripada pertanian di sekitar lembah telah menyebabkan tasik tersebut menjadi hypereutrophic, mengakibatkan alga menjadi warna biru-hijau melitupi tasik (sebahagian besarnya Aphanizomenon Flos Aquae) itu.
Menjelang usia matang, ia menggunakan sumber nitrogen yang ada, mencapai tahap paling matang dan memusnahkan pesaing yang lain, jadi jumlah microphyte air adalah hampir 100% Aphanizomenon Flos Aquae. Tasik ini menerima purata 300 hari cahaya matahari setahun, yang menyediakan persekitaran yang sempurna untuk cyanobacterium ini membesar dan berkembang.
Kawasan air yang tinggi nutrien, di tambah dengan keadaan air tasik yang beralkali telah menyediakan lebih daripada 60 kali nutrien yang diperlukan oleh alga untuk berkembang dan matang dan ini menjadikan Tasik Upper Klamath tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhan alga liar, iaitu Aphanizomenon Flos Aquae organik.
Sumber; maxxima resources
No comments:
Post a Comment