Assalamualaikum... Hai hai hai heeeee pekabo?? Amacam cuti skolah ni?? Ade planning ke nak bawa anak2 uooollsss semua bercuti/beriadah selain dari pos diorg ke kampung?? Heee bagi mereka yg memang kampung mereka di k.l macam i ni ha ni nak cite sket aktiviti yg boleh dilakukan disekitar kl..
First.. Korang boleh bawa anak2 korang g ke taman permainan yang berdekatan dengan kawasan perumahan mcm area kl korang boleh pergi ke Taman Botani Perdana atau nama lamanya Taman Tasik perdana kat sana ade taman permainan selain daripada tu korang juga boleh berkelah kat sana..
Second place boleh pergi ke Taman Tasik Titiwangsa yang mana kat sana ade macam2 gak aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak2.. Kalo nak free blh g kat taman permainan yang besar kat sana then if korang bernasib baik korang boleh berkenalan dengan kuda ronda DBKL yang memang cantik n gagah kuda diorang ni.. Kuda2 ni pon jinak n suka dibelai so korang boleh bergambar dengan kuda2 ni gak..
Selain dari taman permainannya yg besar dan luas.. Korang boleh berekreasi dengan menunggang kuda di taman tersebut bayaran yang dikenakan pon x mahal just rm1.00 untuk kanak-kanak dan rm1.50 untuk dewasa bagi 1 pusingan. Bagi mereka yg takut nak naik kuda tu korang boleh try naik kereta kuda bayaran pon x mahal rm1.50 je cas utk 1 pusingan so mmg sgt murah selain dpt melakukan aktiviti sunnah menunggang kuda ni heee.. Yang paling best kanak2 dari tinggi 90cm ke atas da boleh menunggang kuda yang disediakan.. Kuda2 ni jinak dan ade pengawalnya so korang tak yah risau utk lepaskan anak2 korang naik kuda k heee..
Time table aktiviti berkuda?? Ha ni jadual aktiviti berkuda bagi mereka yg nak pergi try naik kuda ni... Setiap hari sabtu, ahad & cuti umum akan ade 2 sesi aktiviti berkuda yang mana ia akan start dari pukul 9.00 - 11.30 pg da blh naik dan sesi ptg akan start dr pkl 4.00-6.00 ptg bagi sesi sekolah ni x pasti lak heehe tapi try la korang g mn tau ade buka.. TAPI if ade majlis kahwin kat tasek n ade perarakan pengantin naik kuda tempat berkuda tu akan tutup awal utk persediaan kuda bagi perarakan pengantin tu.. So selamat berkuda kawan2
No comments:
Post a Comment