Dianggarkan bahawa 1 dari 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yg tinggi. kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi sape2 jek xkira usia dan saiz badan. untuk pengetahuan korang, dlm jangkamasa yg panjang, ia akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. TAPI yg lebih membimbangkan, ramai yg x menyedari bahawa diorang ni ade kolesterol yg tinggi. sebab tu bila jatuh je terus kena strok, sakit jantung n sebagainya...
apa tu kolesterol?
merupakan bahan lemak yg terdapat dlm saluran darah dan ke semua sel-sel badan. ia merupakan komponen tubuh yg penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh kita.
2 sumber utama kolesterol
dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita. tapi ia juga diperolehi dari makanan harian yang kita ambil. if banyak kandungan minyak dan lemak pada makanan tu maka banyak la kandungan kolesterol yg ade dalam makanan tu. kolesterol yang kita makan akan meningkatkan kolesterol paras kolesterol dalam darah kita. kandungan kolesterol darah yg terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (strok)
Kolesterol penyebab penyakit jantung
Ada 2 jenis kolesterol dalam darah manusia iaitu:
a) Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL)
b) Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL)
LDL
Dikenali sebagai kolesterol "jahat" sebab paras kolesterol LDL yg terlalu tinggi dlm darah boleh membentuk sejenis darah melekit (plak) dalam saluran darah kita. plak ini akan menyumbat saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yg berlaku semasa serangan jantung atau strok.
HDL
dikenali sebagai kolesterol "baik" sbb membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. dalam erti kata lain, HDL berperanan untuk membersihakan saluran darah.
1) RISIKO SERANGAN JANTUNG MENINGKAT 15.6%
2) RISIKO ANGIN AHMAR (STROK) MENINGKAT 11%
3) RISIKO LEBIH TINGGI UTK TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT HATI SEPERTI HATI BERLEMAK DAN MASALAH KETIDAKSEIMBANGAN HORMON YG AKAN MENJEJASKAN FUNGSI SEKSUAL
Penyebab utama kolesterol tinggi
penyebab utama comfirm la makanan yang mengandungi bacaan kalori dan lemak yang tinggi huhu. Persatuan Jantung Amerika mencadangkan bahawa pengambilan kolesterol adalah x lebih dari 300mg sehari so bagi mereka yg menghidapi penyakit jantung WAJIB hadkan pengambilan kolesterol KURANG DARI 200mg SEHARI.
PETUA MERENDAHKAN KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI
1) AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG, RENDAH LEMAK TEPU DAN TINGGI SERAT LARUT
2) BERSENAM DENGAN LEBIH KERAP
3) TURUNKAN BERAT BADAN
4) INSTITUT KESIHATAN KEBANGSAAN AMERIKA (NIH) MENGESYORKAN PENAMBAHAN FITOSTEROL DALAM DIET HARIAN
atasi kolesterol dengan fitosterol
APA ITU FITOSTEROL
Dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan. ia wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah, sayur, kekacang, bijirin, legume, bijian dan minyak sayuran. lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan dlm penerbitan saintifik yg melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosferol.
Bagaimana fitosferol berkesan??
Struktur fitosferol hampir sama dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosferol ia akan bersaing dengan kolesterol utk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama dengan fitosferol. ini bermaksud, apabila kita ambil lebih fitosferol maka semakin kurang kolesterol yg dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang utk kita turunkan paras kolesterol LDL.
Jumlah fitosferol yang diperlukan
NIH mencadangkan fitosferol perlu diambil 2000mg dalam diet harian kita utk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi
ha banyakkan? nak tau x? 2000 mg fitosferol tu bersamaan dengan 200 bj carrot, 70 keping roti gandum dan 425 bj tomato.. ha sanggupkah anda makan jumlah tiap makanan tersebut sehari?? so untuk pengetahuan korang, shaklee ade melancarkan produk baru yang diberi nama PHYTOCOL-ST yang bertindak secara semulajadi menyingkirkan kolesterol LDL dalam badan kita. dalam PHYTOCOL - ST ni da lengkap dengan 2000 mg fitosferol yang diperlukan untuk menyingkirkan kolesterol tu. ha nak tau ape tu PHYTOCOL - ST?? ce baca next entri pasal PHYTOCOL - ST ni ye hehee
No comments:
Post a Comment